[ Sedia berlari ]
Wednesday, December 19, 2012 • 6:00 PM • 6 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Mimpi semalam sedarkan seorang " aku ".
Bismillah,
:3
*sedut dan hembus nafas*
Alhamdulillah. Aku masih hidup. Masih
bisa bernyawa sebagai seorang Hamba . *mata berkedip-kedip * Bibir Tersenyum. Jari jemari digerakkan. Telinga
bisa mendengar. Langkah masih boleh diatur. Dada terasa lelah. Nafas seakan sesak. Badan berpeluh keringat apabila
mimpi itu datang menjengukku semalam. Seolah-olah, diriku tinggal di dunia itu buat
selamanya. Dunia khayalan hitam putih yang tak pernah aku pinta.
Mimpi apa? Mimpi ku bukan apa yang aku fikir. Mungkin, ia sekadar mainan tidur. Boleh jadi juga, igauan malam. " Auzu bikalimatillah at-tammati min syarri ma khalaq " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakannya. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bersedia. Aku benar-benar bersedia.
1… 2… 3…
Go!
Aku Bersedia berlari melepasi waktu
lalu ku dengan tenang. Dengan sejatiku, aku ikhlaskan itu semua.
Berlari semampuku yang boleh. meninggalkan cerita busuk. basi. jauh dari sisi. Buat apa ratap tangis apa yang telah terjadi semalaman? Yang lepas, biarkan berlalu. Yang bakal jenguk, bersedia untuk tersenyum mencuba untuk tersenyum sebaik mungkin. Aku tidak mahu terperangkap dengan waktu itu lagi. Lemas dalam lohong hitam yang gelap gulita. Tatkala masalah itu menghantui, aku lempar jauh-jauh. Kerna aku percaya, aku masih punya DIA Yang Maha Berkuasa.. Si mentari akan hadir menyinari di suatu saat, kita Tabah menghadapinya. Bahkan, mungkin Sang Pelangi akan turut mewarnai. Kenangan derita itu selayaknya diselitkan di dalam album kehidupan. Kenangan yang banyak mengajar, mendewasakan fikiran, pembelajaran untuk menjadi matang. Apabila sanubari terdetik untuk membeleknya di kemudian hari, titisan air mata sudah tidak berguna lagi. Malah, bibir kita bakal tersenyum kembali apabila saat itu menerjah.
:)
*senyum sampai telinga* Dengan senyuman mewah ini buat aku terharu. Buat aku bangga dengan ketabahan yang hinggap di sanubari. Buat aku damai sedamai Sungai Nil yang mengalir. Buat aku punya rasa syukur untuk dititiskan pada hati. Buat aku tenang persis salju. Di sebalik senyuman ini juga, terungkap seribu kebahagiaan. Keserian wajah yang terpamer kian terselah ramah dengan senyuman walaupun di balik hati lesu. Pilu. Menangis tak henti-henti. Bunga-bungaan yang singgah di jiwa kecil dengan lafaz syukur disambut oleh Tuhan dengan curahan kasihNya. Allah~ Allah~ Allah.
Yakinlah dengan Allah.
Hanya dengan kekuatan “ percaya “ padaNya, akan merubah segala-galanya. Derita tak akan selamanya berlarutan hingga ke ujung abad. Percaya esok bunga akan kembang Dan merekah. mencorakkan dengan penuh warna . Nota Hati : Terkadang terlahir dalam hati, ingin jauh dari permainan dunia ini yang kadangkala membuat diri ini merasa sakit dan letih, Terasa jatuh semula dan sakit tidak berdaya. Tapi, apabila ada sosok insan pilihan yang tidak henti-henti memberi sokongan jitu agar terus mara hingga ke garisan penamat, Membuatkan diri ini tergerak ke hadapan seolah-olah ada tarikan magnet mengheret diri agar terus bangkit. Biar kita tak mampu untuk berdiri tegak, cukuplah sekadar apa yang termampu. Merangkak. Meniarap. Sekurang-kurangnya mencuba dan terus mencuba untuk tiba ke destinasi sana. Tambahan pula, tidak mahu mengecewakan hati kecil mereka yang sentiasa singgah menyuntik kata-kata semangat.
:)
Senyumlah. Ada keindahan menantimu. Terima Kasih, Doa' tulus yang kalian titipkan, Secangkir nasihat yang kalian utuskan, Akan ku jaga dan kujilid sampai hujung hutang nadi ini. Terima kasih. Jazakumullah khayran katsira atas doa’nya. Sambut khabaran doa’nya dengan senang hati. * Terharu :’) *. Moga-moga kalian sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan barakah Allah hendaknya. insyaAllah.
Cuba Berlari biar lewat,
Wardatul jannah. at 3;31 pm.
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Luka Pedih.
Malumu begitu berharga
Serikan Taman Hati
Be Matured
Hilang.
Bidadari
Simfoni Hati
Nukilan Lukisan Hatiku
Nafas terhenti.Peringatan~
Sepi itu adakalanya Indah..
BANNER; |