!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Nafas terhenti.Peringatan~
Thursday, September 27, 2012 • 6:34 PM • 4 comments

                                                                      بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah,
Bacalah Nama tuhanMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


Firman Allah swt =
"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya"..(surah Al-Mulk :2)

Air mataku berlinangan.Tak dapat menahan.Ayat-ayatNya cukup membuatkan hatiku benar-benar tersentuh.Kerana aku tahu,aku juga bakal Pergi..
Allah memberi peringatan padaku,agar aku sentiasa bersiap untuk ke sana.
Hampir setiap hari aku disaksikan oleh berita kematian..
Di depan mata mahupun di corong telinga.
Ke mana bisa ku lari jika detik kematian itu tiba?
Cukupkah bekalanku?
sediakah aku?

Firman Allah swt yang bermaksud =
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat,walau sesaatpun" (surah Al-A'raf =34)



:'(
Ingat
.

Di mana jua kita berada,
Maut akan mendapatkan kita,
Bila tiba waktunya,
Sekalipun kita di sebalik benteng
yang tinggi lagi kukuh,
mahupun di bawah teduhan
yang selamat dan redup sinarannya..



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

friends forever.. <3


2 minggu yang lepas.

"Kakakk..Kakak.." Nani,adikku memanggilku.Aku lantas berpaling dan meletakkan barang-barang keperluan yang dipilih  terus ke dalam Troley..Kelihatan dari jauh,dia berlari keanak-anakkan ke arahku.Wajahnya kelihatan muram sahaja.Di tangannya,kelihatan telefon bimbit yang sudah dimatikan panggilan.

"kenapa sedih ni? Ada apa-apa yang berlaku?" tanyaku ringkas.Dia merapatiku dan menarik lenganku.

"Kakak..Aisyah (bukan nama sebenar) sudah tiada!!"

"Innalillahi wainna ilaihi Rojiu'n..
Aisyah.Aisyah yang mana ni?"
Dahiku berkerut. Aku keliru.Ramai kenalanku yang bernama Aisyah.

"Aisyah,kawan sekelas Nani yang putih gebu dan berkaca mata tu..Dia sudah tiada kak..Tadi,Nani ada terima panggilan dari kawan sekelas Nani mengenai berita kematiannya pada pukul 6.30 petang tadi..Semalam,dia koma di Hospital KB..akibat demam panas." Air matanya mengalir deras lantas memelukku..Aku menggosok lembut belakangnya.Hatiku sebak.Aku juga turut menumpang sedih.Tidak dapat menyekang mata yang berkaca ini.Kelihatan,segelintir pelanggan  di Pasaraya itu melihat ke arah kami dengan muka yang hairan.Tidakku pedulikan.

"Kakak..mesti ibu dia sedihkan kak apabila result UPSR dia keluar..Dia tu pelajar cemerlang sekolah Nani..Dia selalu saja dapat 5A..Dia cantik,bijak dan sopan-santun orangnya..Mengapa Allah selalu ambil orang yang baik-baik kakakk..!" Hanani menambah .Dia mengesat air matanya yang bergenangan di pipi.

"Nani sayang,nani tidak boleh cakap camtu..Mungkin Allah lebih sayangkan dia..Setiap kejadian yang Allah lakukan,ada hikmahnya yang tersendiri..Sesungguhnya,setiap yang benyawa,pasti akan mati..Bersabarlah Nani..Nani kena kuat .Doakan sahabat Nani agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Dia memerlukan doa' Nani bukan tangisan." Hanani mengiyakan lantas mengangguk.Sesudah membeli barang-barang keperluan,kami terus pulang ke rumah..

Aku juga mengenali sahabatnya itu.Adik kepada sahabatku di Maahad..Hampir kesemua adik-beradik sahabatku itu,punya akhlak yang baik,rupa paras yang cantik dan pintar orangnya . Aku mendudu sendirian.Tidak disangkakan,hanya dengan demam..Allah boleh sahaja mengambil nyawa milikNya daripada kita ,dalam keadaan sedar mahupun tidak.. U_U


*..Tidak bermakna insan yang mudah menangis itu lemah,
Tapi percayalah.insan ini amat lembut hatinya..
Sudah lama bertahan untuk jadi "kuat"..Akhirnya,tewas ditemani air mata..*
                                      


Firman Allah swt =
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)



#RENUNGAN

Bagaimanakah jika kita tahu akan tarikh kematian kita?Pasti apabila detik itu menghampiri ..kita baru mengerjakan solat dengan bersungguh-sungguh zikir,puasa sunat dan sebagainya.Namun Allah sengaja merahsiakan titik akhir kehidupan kita agar kita sentiasa bersiap dan berjaga-jaga.Apabila masa yang dijanjikan sampai,kita akan ditarik nyawa dan pergi menemui Allah.

Semua yang hidup akan menemui titik akhir.Tidak terkecuali sekalipun..Allah sentiasa memberi peringatan bahawa ajal itu akan mengejar sesiapa sahaja tanpa mengira siapa di dunia.Sama ada mereka raja di Timur mahupun barat atau mereka hanya hamba bawahan.Semuanya akan tinggalkan dunia yang fana' ini.Dunia yang diibaratkan pentas lakonan semata.Tiada yang kekal kecuali akhirat kelak.

kita hanya perlu sentiasa bersiap-sedia sementara ajal menjemput kita..Ketika sakaratul maut memanggil,pada detik itu  kita hendak mencari bekalan untuk akhirat dan berjanji dengan Tuhan untuk beramal.Bukankah itu suatu yang dkatakan terlambat?

Saya masih ingat lagi kata-kata semangat yang "dihadiahi" oleh Umi dan Ayah yang tersayang.Seolah-olah ada makna yang tersirat di sebaik kata-kata mereka..Belajar dari kesilapan lalu dan sentiasa beringat akan Mati..Setiap yang bernyawa,ada penghujungnya.

Umi = Kakak.Di usia muda ni la kita kuat,bertenaga dan bersemangat .Dan pada masa ni jugalah,kita boleh beramal dengan sebanyak-banyaknya.Mengumpul pahala dan melatih diri agar terus istiqamah dengan amalan soleh..Tidak seperti umi,umi sudah tua.Perlu Melayani suami,tambahan pula.anak-anak umi yang perlu dibesarkan dan dididik dengan sebaiknya .Terkadang umi mengeluh kerana amalan yang umi lakukan sudah sedikit.Tapi,bukankah tidak baik jadikan alasan kesibukan untuk beramal.. Teruskan beramal dan mencari ilmu sementara masih muda.

Ayah = Kematian ini boleh diibaratkan seperti mengahadapi peperiksaan. Memerlukan persediaan dan latihan (amal) sepanjang masa,.Andai sekali toleh ke belakang dan terus alpa,menyesal tak sudah..Hari-hari Allah akan memberi helaian kertas kepada kita iaitu UJIAN yang mentabiyahkan diri kita..Jika masa yang ada kita tidak dapat gunakan dengan sebaiknya,apakah keputusan yang kita peroleh?pastinya akan membuatkan kita sentiasa sedih dan berduka..Yang berbezanya,Hari peperiksaan kita tahu tarikhnya..Tapi,tidak buat Hari Kematian kita..Hanya menatikan kehadirannya.




Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Sepi itu adakalanya Indah..
Kalimah ALLAH tertulis di langit
Cebisan "Nuur"
Sentuhan Syawal
Tangisan sepi
Titipan Pertemuan
Maghfirah-Nya
Pandangan mata hati
Lambaian Kasih Ramadhan
Teduhan Cinta




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved