" Dari-Nya aku datang, Dan kepada-Nya jua akan aku dikembalikan "
Bismillah.
Kisah aku. suka main sembunyi-sembunyi. suka melakar pada warkah bisu. mungkin acapkali. angan-angan capai mimpi yang tinggi persis Langit. Megah menaungi tapi meneduhkan. Aku hanya ingin terus berlari tinggalkan cerita sepi busuk . basi . jauh dari sisi. Aku bukan insan sempurna. hanya berpeluk pada dosa. yang tidak berpehujungnya.
Bila tiba saatnya nanti Aku bakal pergi. Tempat itu Jauh dan jauh. Moga ketemu kita di sana ya! Moga sesiapa yang membaca tulisanku, kelak mendoa'kan kesalamatanku dari azab api neraka.
| Jazakumullahu khayran katsira.| Sentiasa mendoa'kan sahabat dalam doa'ku di kejauhan.
:) ada lagi? Hanya bercanda.
menyambung " Taaruf "nya terus di sini ya !
Hanya sesama Muslimah permata agama.
Dari tadi lagi Qaisarah, sepupu kecilku merengek memintaku untuk bersiar-siar
ke halaman rumah. Apabila sudah jemu bermain dengan permainan yang dibeli
ibunya, diminta olehnya untuk mendukung sambil menuding jari ke arah luar jendela. Tanpa berlengah, aku membawanya bersiar
ke halaman rumah. * saya sukakan
kanak-kanak. Hee ;) * wajahnya yang muram serta merta bertukar menjadi ceria.
Suka benar dia melihat dedaunan hijau yang bergoyang semilir ditiup hembusan
angin. Bunga-bungaan dan dedaunan segar yang menghiasi rumahku persis sahaja
Taman Bunga.
"Baiti Jannati" Rumahku syurgaku
Teringat pula bayi-bayi yang baru dilahirkan di Gaza sana.
Mereka belum sempat melihat dunia sepenuhNya,
Tapi, dengan izinNya mereka telah dijemput menghayati nikmat Syurga sana.
Allahu Allah :')
“ Mey” kata Qaisarah sambil menuding ke arah bunga-bunga ungu kecil yang menghiasi sudut tangga rumah.
Comel kot *getusku* lantas aku mengiyakan dan tersenyum padanya. Hanya beberapa
perkataan sahaja yang boleh dilafazkan olehnya. Ppa pa pa. Mma ma ma ma. dan
sebagainya.
Hanya bisa panggil papa dan mama nya sahaja. Dia masih lagi kecil , baru sahaja
berumur 11 bulan sudah bijak ya :D
“Allahumma Faqqihha Fiddin Wa’allimha Ta’awil “
Ya ALLAH
dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarilah ia ta’wil Qur’an…
Dari jauh, aku terlihat sekuntum mawar merah. Subhanallah, begitu indahnya..
Tambahan pula, embun segar menghiasi singgahsana mawar merah itu persis sahaja
Mahkotanya yang tersisip. Mawar itu berbeza daripada mawar lain yang ummi
tanam. Merah menyala dan berseri-seri. Qaisarah mencuba untuk mengambilnya,
dengan pantas aku mengalihkan tangan kecilnya daripada memetiknya. Takut-takut tertusuk
duri yang ada padanya. Hadir pula rama-rama yang mengimarakkan suasana indah
itu. Terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Sebetulnya, jarang sekali aku
melihat si kumbang hinggap di mawar itu. Mungkin takut terperangkap dengan “ jerat “ itu.
Berfikir sejenak dengan situasi zaman sekarang, remaja kini tidaklah sehebat
Para Pejuang Islam dan srikandi-srikandi
dahulu kala. Betapa lemahnya apabila melihat kepada Si Mawar dan Si Kumbang
yang sedang enak dibuai alam percintaan. Tuhan
sedang menguji mereka dengan fitrah itu. Hati kecil mengeluh sendirian.
Kini, mawar agama sudah hilang durinya. Sementelah pula dengan Si Kumbang, sewenang-wenangnya
mudah rancak menyedut manisan dengan enak.
Bila pagar mahkota itu lesap.
maka mudahlah Si kumbang itu hinggap.
Allahu Rabbi,
Ke manakah Syabab pejuang Islam?
Yang sentiasa menegakkan panji kebenaran
Sehinggakan semangat perjuangannya bergema di pelosok duniawi.
Ke manakah Mawar Berduri Permata Agama?
Yang sentiasa memelihara mahkota dirinya
Sehinggakan "solehah"nya itu harum mewangi ke Taman firdausi.
Aurat di Hati.
Aurat di hati patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah,
aurat di hati ini jauh lebih penting .
Maksudnya, hati jangan liar hendaklah dijaga selalu.
( solusi, isu no.41 )
Perbuatan kita,
malaikat kiri dan kanan yang jaga.
tapi hati,
Allah yang jaga.
Allah yang pegang.
(faten Muhamad)
Betapa mudahnya rasa "Cinta" itu menyerap dalam diri. Mungkin sahaja
itu bisikan " nafsu" mu. Jika tidak berpacaran dikatakan tidak moden
atau tidak mengikut peredaran masa. Ada sahaja segelintir remaja menghalalkan
" Couple islamik". Selagi masih belum halal, kalian masih punya jarak.
Lelaki kini
mudah benar mendekati wanita.Cukuplah
sekadar memainkan irama kata-kata cinta padanya,
sehingga melodi indah itu tercipta. Sudah membuatkan wanita itu hanyut entah ke mana. Bagi menarik perhatian wanita "alim" pula,
Cara pendekatannya adalah dengan menyuntik semangat perjuangan, menghulur secebis nasihat, dalil dan hadis. Disebabkan hati wanita itu
begitu lembut , sudah membuatkan hati wanita itu bergetar dan mulai tersenyum
sendirian. Bukan niat ingin menyunting menjadi suri hidup semata. Alasannya cuma ingin bersuka-ria.
Wanita kini
mudah benar menanggalkan perhiasannya.
sehinggakan terkadang segelintir Syabab yang malu dengan perlakuannya.
Tanpa segan silu, memperkenalkan dirinya dan bertanya khabar tanpa dipinta. Tambahan pula, lebih memalukan lagi
apabila ada sesetengah wanita yang sanggup meminta no.telefon untuk berhubung tanpa tujuan yang pasti.
Ke manakah hilangnya malumu ukhtiku
sayang?
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
(petikan daripada nasyid Puteriku sayang- Hijjaz)
Seorang wanita yang pemalu tidak akan merenung kepada sesiapa yang berbicara
dengannya. Dan ketawanya hanyalah dengan senyuman apabila dengan kehadiran
orang asing, dan tidak ketawa terbahak-bahak. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
melakukannya walaupun dia seorang lelaki.Bahkan, malu itu tidak dituntut
terhadap kaum hawa sahaja, tetapi buat kaum Adam juga.
Abu Mas udUqbah binAmr al-Ansari al-Badri berkata, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya salah satu perkara yang sudah diketahui manusia dari
kata-kata kenabian terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka
hatimu.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w melintasi seorang lelaki ansar yang sedang
sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu – yakni malu mengerjakan
kejahatan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda : “Biarkanlah ia, sebab
sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan.”(hadith riwayat Al-Bukhari).
- - - - - -
Perasaan malu itu benteng kukuh bagimu
Sekali kau ikat malu itu dalam dirimu
Maka terhalanglah segala sifat tercela
Kesucian diri akan kau pelihara
keteguhan Iman akan kau usaha.
p/s : Biarlah kamu menjadi seorang yang Pemalu, daripada
menjadi orang yang tidak tahu malu.
Wardatul Jannah, semai Al-Hayaa'
at 8;36 pm
<$BlogItemCreate$>
Seuntai Madah untuk dihayati, setitis ilmu untuk dikongsi :)
Kebaikan Teristimewa
dingin-damai-tenang-teduh-menaungi
Seperti lirihnya hujan menjatuh.
seperti itu hati aku jatuh.
Aku mahu menjadi seperti hujan itu ;
yang tetap memberi nikmat walau di hujung rintik. ;
yang tetap memberi manfaat walau kemana bumi ia basahi.
meski, sudah telat-lewat pada aliran ujung kristal jernih sedikitnya ;
kapan pun, ia tetap kan bermakna bila sedikitnya itu ;
menghasilkan lekukan yang begitu dalam.
Firman Allah swt ;
" Sesungguhnya, perumpamaan kehidupan duniawi itu , adalah seperti air ( hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya... " (yunus:24)
mungkin, aku patut hadir persis bunga ;
rasa-kesankan jiwa yang begitu syukur atas nikmatNya ;
yang melimpah-ruah.
aku tak layak;
bahkan tak mampu menggegar dunia ;
tapi, manfaatkan lah sebuah aksara ;
tika makin sesatnya dunia ;
maka, bersaksikanlah aku telah menyampaikan.
Dari tadi lagi Qaisarah, sepupu kecilku merengek memintaku untuk bersiar-siar
ke halaman rumah. Apabila sudah jemu bermain dengan permainan yang dibeli
ibunya, diminta olehnya untuk mendukung sambil menuding jari ke arah luar jendela. Tanpa berlengah, aku membawanya bersiar
ke halaman rumah. * saya sukakan
kanak-kanak. Hee ;) * wajahnya yang muram serta merta bertukar menjadi ceria.
Suka benar dia melihat dedaunan hijau yang bergoyang semilir ditiup hembusan
angin. Bunga-bungaan dan dedaunan segar yang menghiasi rumahku persis sahaja
Taman Bunga.
"Baiti Jannati" Rumahku syurgaku
Teringat pula bayi-bayi yang baru dilahirkan di Gaza sana.
Mereka belum sempat melihat dunia sepenuhNya,
Tapi, dengan izinNya mereka telah dijemput menghayati nikmat Syurga sana.
Allahu Allah :')
“ Mey” kata Qaisarah sambil menuding ke arah bunga-bunga ungu kecil yang menghiasi sudut tangga rumah.
Comel kot *getusku* lantas aku mengiyakan dan tersenyum padanya. Hanya beberapa
perkataan sahaja yang boleh dilafazkan olehnya. Ppa pa pa. Mma ma ma ma. dan
sebagainya.
Hanya bisa panggil papa dan mama nya sahaja. Dia masih lagi kecil , baru sahaja
berumur 11 bulan sudah bijak ya :D
“Allahumma Faqqihha Fiddin Wa’allimha Ta’awil “
Ya ALLAH
dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarilah ia ta’wil Qur’an…
Dari jauh, aku terlihat sekuntum mawar merah. Subhanallah, begitu indahnya..
Tambahan pula, embun segar menghiasi singgahsana mawar merah itu persis sahaja
Mahkotanya yang tersisip. Mawar itu berbeza daripada mawar lain yang ummi
tanam. Merah menyala dan berseri-seri. Qaisarah mencuba untuk mengambilnya,
dengan pantas aku mengalihkan tangan kecilnya daripada memetiknya. Takut-takut tertusuk
duri yang ada padanya. Hadir pula rama-rama yang mengimarakkan suasana indah
itu. Terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Sebetulnya, jarang sekali aku
melihat si kumbang hinggap di mawar itu. Mungkin takut terperangkap dengan “ jerat “ itu.
Berfikir sejenak dengan situasi zaman sekarang, remaja kini tidaklah sehebat
Para Pejuang Islam dan srikandi-srikandi
dahulu kala. Betapa lemahnya apabila melihat kepada Si Mawar dan Si Kumbang
yang sedang enak dibuai alam percintaan. Tuhan
sedang menguji mereka dengan fitrah itu. Hati kecil mengeluh sendirian.
Kini, mawar agama sudah hilang durinya. Sementelah pula dengan Si Kumbang, sewenang-wenangnya
mudah rancak menyedut manisan dengan enak.
Bila pagar mahkota itu lesap.
maka mudahlah Si kumbang itu hinggap.
Allahu Rabbi,
Ke manakah Syabab pejuang Islam?
Yang sentiasa menegakkan panji kebenaran
Sehinggakan semangat perjuangannya bergema di pelosok duniawi.
Ke manakah Mawar Berduri Permata Agama?
Yang sentiasa memelihara mahkota dirinya
Sehinggakan "solehah"nya itu harum mewangi ke Taman firdausi.
Aurat di Hati.
Aurat di hati patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah,
aurat di hati ini jauh lebih penting .
Maksudnya, hati jangan liar hendaklah dijaga selalu.
( solusi, isu no.41 )
Perbuatan kita,
malaikat kiri dan kanan yang jaga.
tapi hati,
Allah yang jaga.
Allah yang pegang.
(faten Muhamad)
Betapa mudahnya rasa "Cinta" itu menyerap dalam diri. Mungkin sahaja
itu bisikan " nafsu" mu. Jika tidak berpacaran dikatakan tidak moden
atau tidak mengikut peredaran masa. Ada sahaja segelintir remaja menghalalkan
" Couple islamik". Selagi masih belum halal, kalian masih punya jarak.
Lelaki kini
mudah benar mendekati wanita.Cukuplah
sekadar memainkan irama kata-kata cinta padanya,
sehingga melodi indah itu tercipta. Sudah membuatkan wanita itu hanyut entah ke mana. Bagi menarik perhatian wanita "alim" pula,
Cara pendekatannya adalah dengan menyuntik semangat perjuangan, menghulur secebis nasihat, dalil dan hadis. Disebabkan hati wanita itu
begitu lembut , sudah membuatkan hati wanita itu bergetar dan mulai tersenyum
sendirian. Bukan niat ingin menyunting menjadi suri hidup semata. Alasannya cuma ingin bersuka-ria.
Wanita kini
mudah benar menanggalkan perhiasannya.
sehinggakan terkadang segelintir Syabab yang malu dengan perlakuannya.
Tanpa segan silu, memperkenalkan dirinya dan bertanya khabar tanpa dipinta. Tambahan pula, lebih memalukan lagi
apabila ada sesetengah wanita yang sanggup meminta no.telefon untuk berhubung tanpa tujuan yang pasti.
Ke manakah hilangnya malumu ukhtiku
sayang?
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
(petikan daripada nasyid Puteriku sayang- Hijjaz)
Seorang wanita yang pemalu tidak akan merenung kepada sesiapa yang berbicara
dengannya. Dan ketawanya hanyalah dengan senyuman apabila dengan kehadiran
orang asing, dan tidak ketawa terbahak-bahak. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
melakukannya walaupun dia seorang lelaki.Bahkan, malu itu tidak dituntut
terhadap kaum hawa sahaja, tetapi buat kaum Adam juga.
Abu Mas udUqbah binAmr al-Ansari al-Badri berkata, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya salah satu perkara yang sudah diketahui manusia dari
kata-kata kenabian terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka
hatimu.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w melintasi seorang lelaki ansar yang sedang
sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu – yakni malu mengerjakan
kejahatan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda : “Biarkanlah ia, sebab
sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan.”(hadith riwayat Al-Bukhari).
- - - - - -
Perasaan malu itu benteng kukuh bagimu
Sekali kau ikat malu itu dalam dirimu
Maka terhalanglah segala sifat tercela
Kesucian diri akan kau pelihara
keteguhan Iman akan kau usaha.
p/s : Biarlah kamu menjadi seorang yang Pemalu, daripada
menjadi orang yang tidak tahu malu.
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)
SAHABAT;
AL-HUBB;
Cinta Teragung
“
Bila kita titip tinta dari hati,
Bila kita doa' dari hati,
Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati.
InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati,
Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee
Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.