!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Sepi itu adakalanya Indah..
Saturday, September 22, 2012 • 7:36 AM • 2 comments


                                                                      بسم الله الرحمن الرحيم
                                                                    gambar,credit to = google

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian.
atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita
pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam,dikutip dan serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Adakalanya sepi lebih indah :')

Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan diri,
yang telah HILANG.
Adakalanya kita perlu menyepi,untuk mencari ketenangan HATI.
Adakalanya kita perlu menyepi,untuk kebaikan diri SENDIRI.
Adakalanya kita perlu menyepi,untuk membaiki kelemahan DIRI,
Adakalanya kita perlu menyepi,untuk mendekatkan diri kepada ILAHI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                              

Di kala kebahagian menjengah di dalam Kehidupan,
Wajah sentiasa berseri dengan senyuman,
Gelak tawa kedengaran memecah kesunyian
Setiap perjalanan yang dilalui berasa cukup Indah untuk dihayati untuk masa-masa yg akan datang.
Biarkan ia menjadi kenangan buat selamanya..
Jika boleh,biarkan ia terus bersemadi dalam nadi kehidupan buat selamanya.
Tapi hakikat kehidupan bukan begitu,
ada masa bahagianya dan ada masa deritanya.
Di kala Penderitaan itu menyapa,
Wajah sesuram awan yang mendung,
Gelak tawa tiada lagi kedengaran melainkan hanya tangisan yang memilukan.
merasakan kehidupan ini akan terus gelap buat selamanya.
Hari-hari yang dijalani berasa cukup menyeksakan dan kejam.
seolah-seolah Allah itu tidak Adil.
Tapi sahabatku,
Siapakah kita untuk menghukum sedemikian.Dengan sewenang-wenangnya menuduh Sang Pencipta terlalu berat dalam memberi ujian.Sudah kukuhkah hubungan kita dengan Ilahi?Bukankah Allah swt telah berfirman dalam kitabNya..

Firman Allah, maksudnya:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. "AlHajj :11-13


1)Siapakah kita?
2)Dimanakah kita berasal?
3)Siapakah yang menciptakan kita?
4)apakah tujuan kita lahir ke dunia?
5)kepada siapakah kita akan dikembalikan?

sepi..sabar..
tidak bermakna ia kosong,bukan?

SEKADAR CORETAN MANIS :)

Bismillah,
Tika hatimu berasa letih dan lelah,
Berilah hatimu di TIGA tempat iaitu ini..:

-Hatimu ketika mendirikan SOLAT
-Hatimu ketika membaca AL-QURAN
-Hatimu ketika mengingati Mati.



p/s-->InsyaAllah,ketenangan dengan secara "automatik"nya hadir dan tiada lagi rasa kerugian.ketahuilah sahabatku bahwa ALLAH amat menyayangi sebenar-benarnya..Bukan Dia sengaja  mengutuskan ujian kepadamu,tetapi ingin Dia ingin tahu setakat manakah dirimu berpegang teguh pada Kesabaran dan Cinta padaNya..Bukan dirimu sahaja yang diuji,malah semua insan yang hidup PASTI DIUJI.




Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Kalimah ALLAH tertulis di langit
Cebisan "Nuur"
Sentuhan Syawal
Tangisan sepi
Titipan Pertemuan
Maghfirah-Nya
Pandangan mata hati
Lambaian Kasih Ramadhan
Teduhan Cinta
Merindui saat itu~




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved