!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Luka Pedih.
Thursday, December 13, 2012 • 3:17 PM • 10 comments



                                                       بسم الله الرحمن الرحيم



Bismillah.


Biarkan peluru cair dari langit itu rintik membasahi bumi, membasuh segala kesakitan yang dialami. Baru sahaja ingin melangkah dengan penuh yakin lalui kehidupan semalam. DIA telah menguji ketabahanku hari ini. Ada insan yang sanggup menyamar dan memfitnah diri ini. Allahu Rabbi :'(
Apakah ini?









Dahi berkerut. Jantung mengepam laju. Tangan mengepal erat. Darah kemarahan tersirap. Nafas hangat terhela. Seolah-olah mahu sahaja tumbukan kecil ini dilepaskan sekuat yang mungkin sebagaimana pistol yang menunggu masanya sahaja untuk melepaskan berdas-das tembakan pelurunya. Mungkin kerana aku hanya seorang wanita yang agak " lemah " pada pandangan sisi mereka, mereka sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.
Akhirnya, aku tewas menahan sakitnya duri yang tertusuk dalam sirr hati. Manik jernih putih mulai turun ke pipi dengan derasnya.









Ya,
Aku memang kuat.
Aku bisa tahan kemarahanku.
Aku bisa tanam kesabaranku.
Aku bisa hentikan tangisanku.
Aku bisa tersenyum semampuku.
Tetapi,
apabila kolam derita itu mulai penuh.
mengisi segala ruang yang ada
pasti melimpah jua akhirnya.










" Istighfar Wardah!!... Istighfar..Kamu masih punya Allah. "
Laungan kuat itu bergetar di cuping telinga.








Hati tidak henti-henti mengucap istighfar. Bisikan demi bisikan menerjah di sudut hati. Ya Allah, jauhikanlah aku dari segala bisikan dan ajakan syaitan. Tabahkanlah hati hambaMu dalam menempuhi ujian hidupmu ini. Permudahkanlah jangan susahkan.








Allahu Allah ( T_T )








Siapa yang tahu, gerimis sedang lebat membasahi dalam hati kecil ini. Meraung. Merintih. Merayu pada Ilahi. Memohon petunjuk dan alirkan ketabahan hati. Terkadang, bila titisan air itu mulai surut. Api mulai membara dengan maraknya menguasai diri dalam diam.Siapakah yang tidak punya perasaan sepertiku, Marah. sedih. Bila ia bercampur-baur dalam kalbu ini, mungkin bisa memusnahkan apa sahaja. Dendam mungkin bersemi apabila jalinan perasaan itu dipendamkan hingga selama-lamanya. Apabila maruah kita dijatuhkan. Dan dipijak-pijak seperti seekor semut kecil yang bersusah-payah mencari secicip rezeki. Bagaimanakah?






Bagaimanakah kalian jalani hidup seterusnya? pasti hidup terasa seakan-akan kosong dan gelap buat selama-lamanya. Bila luka ini meninggalkan parut yang dalam buat selama-lamanya, pujukan dan rayuan pasti disisihkan. Mungkin, apabila kelembutan dan kasih sayang Ilahi singgah di sanubari, bakal merubah segalanya juga kelak. Apabila renungan mata " kasihan " itu hadir, pasti berjaya menepis amarah jua. Tuhan sengaja mempertemukan dengan ujian ini kerana ada " keindahan " yang menanti, bukan? Ya Allah, Betapa lemahnya diriku ini.




Ada benarnya juga kata-kata seorang sahabat :

Apabila kita menasihati seseorang supaya supaya bersabar dengan mehnahNya (ujian), kita bakal diuji dengan perkara yang sama kelak. Biarlah peringkat ujian kita berlainan, tetapi Tuhan telah menentukan apa yang termampu buat hambaNya.






"Ada sesiapa boleh ajar wardah senyum dalam sedih tak? Hourmm :'( "








Hidup kita persis seutas Tasbih yang melingkar. Ada awal tiada penghujungnya. DariNya kita datang, dan kepadaNya jua lah kita akan dikembalikan. Tidaklah diujar kehidupan sendainya tiada sedih, kecewa, marah dan suka dalam lingkaran itu. Pasti kita perlu tempuhi apa sahaja dihadapan walaupun sedih , perit , sesak dan lelahnya. Semua itu tidak sia-sia. Ada ganjarannya. * macam pepatah melayu mengatakan : ada udang di sebalik batu * hmmm :D







Para 'Arif Billah dan Muqarrabin pernah berkata tentang hikmah ujian :
" Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan kamu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau daripada kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."  ( rujukan )




Apalah ujian diri ini
jika hendak dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh Rasulullah saw.
Saban hari, menerima cemuhan,kutukan
dan lemparan dalam menyampaikan Dakwah.
Sehingga perjuangannya bergema hingga ke akhir zaman.

Apalah ujian diri ini
jika mahu dibandingkan dengan ujian Nabi Yusuf Alaihissalam.
Tatkala hatinya menghadapi godaan Zulaikha.
Rela dirinya dipenjara demi mempertahankan keteguhan ImanNya.
Bersabar dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Apalah ujian diri ini.
jika mahu dibandingkan dengan ujian Para srikandi.
Cekal dan tabah melalui ujian dariNya.
Hanya mengharap Redha semata.
Hingga mewangi ke Syurga.





Nota Hati.


" Alhamdulillah, perasaan 'sakit' itu beransur pergi dan pergi.
Apabila ayat-ayat cintaNya berkata-kata, pasti 'Tenang' merasa. "




Mohon maaf, mungkin tulisan Wardah kali ini menjurus kepada monolognya hati. Meluahkan apa sahaja yang tersirat di hati. Wardah juga insan yang lemah sahabat. Jangan pernah menganggap Wardah sempurna di mata kalian. Terkadang manusia yang sentiasa menyuntik motivasi, menghulurkan secebis nasihat dan kesabaran pada hati-hati di luar sana, juga masih memerlukan Tarbiyyah dan kekeringan semangat dalam diri. Mohon doa' kalian ya sahabat :')

Sentiasa mendoa'kan sahabat dalam Doa' ku di kejauhan.





Hujan rintik-rintik,
Saya yang ikhlas,
Wardatul Jannah,
at 5;00 a.m





Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Malumu begitu berharga
Serikan Taman Hati
Be Matured
Hilang.
Bidadari
Simfoni Hati
Nukilan Lukisan Hatiku
Nafas terhenti.Peringatan~
Sepi itu adakalanya Indah..
Kalimah ALLAH tertulis di langit




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved