!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Kalimah ALLAH tertulis di langit
Thursday, September 6, 2012 • 5:27 AM • 6 comments

                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم
                                                                   sekadar gambar hiasan

 Angin bayu semilir menyapa di pipi.Kedinginan kepekatan gelapnya malam siapa yang tahu. Bulu roma mencancang . sejuk . Mata dibukakan dengan perlahan-lahan..Jernih-jernih putih mulai timbul di kolam mata . mengalir laju dan deras . Aku mencuba kudrat kepunyaanNya untuk  jadi KUAT . Air mata yang bergenang dikesat menggunakan kain di hujung lenganku . Aku tidak mahu sesiapa sahaja turut bersedih melihatku. Biarlah aku seorang saja yang menghadapinya,aku tidak mahu sesiapa sahaja disakiti. Aku suka menghiburkan hati orang yang berduka.Meskipun tika itu suatu perasaan menusuk di kalbuku dan mencengkam sukma  (sedih) ..Biarlah mereka pula yang mengecapi kemanisan secebis kebahagiaan ini.  * senyum *


Aku memandang ke sisi .
STRITTT..
Bunyi membingitkan muncul . Jari telunjukku dilepaskan . Cermin kenderaan kelihatan sudah tertutup rapat. Aku memandang ke arah adik kecil di sebelahku. Sedang enak tidur  lena dibuai mimpi . senyuman terukir . "letih agaknya " Hatiku membisik . Manakan tidak, penat seharian bersiar di Kuala Lumpur . Aku juga sama . letih . Alhamdulillah,masih ada lagi kudrat yang tersisa.

Di celah malam kesibukan kota raya,aku menyaksikan berbagai ragam manusia .Berbeza kulit,rupa mahupun bangsa . Kedengaran di belakangku suara adik-adikku berdekah-dekah ketawa . Apa yang melucukan tidak tahu . Kemudian,apabila ayahku membelokkan kenderaannya di sebelah kanan melintasi lampu isyarat . Kedengaran pula suara mereka ceria menandakan suatu yang menakjubkan dilihat . WOW!! kakakk..! kakakkk...! nama tuhan..nama tuhan...

Aku menoleh ke belakang. mengiyakan panggilan mereka. Perasaan hairan menyelubungi .

"ya,ada apa? "
"kakak,cuba tengok kat langit tu,ada nama tuhan..الله "

"hah ! kat mana? "

"tu..tu..cuba perhatikan baik-baik"


Di sebalik kegelapan malam yang disinari dengan cahaya bulan..Aku mencuba mencari Nama Yang Agung itu.. Kalimah ALLAH tertulis di langit .
ALLAH :') Hati = gembira + terharu apabila aku sendiri yang menyaksikan nama yang Indah itu ..Bukan mudah dan senang untuk melihat dengan mata kepala sendiri ..Adapun,pernah tengok dalam buku,internet,surat khabar dan lain-lain . Untuk kesekian kali,seribu keunikan ciptaan ILAHI jelas dilihat .Mencipta 1 lembaran sejarah dan sejuta kenangan terukir di nostalgia malam ini . Subhanallah .inilah buktinya kekuasaan Yang Esa . Tuhan semesta alam .  Alhamdulillah,syukur dilafazkan .

Ayahku memberhentikan kenderaannya di tepi jalan raya apabila mendapat tahu akan kejadian itu . Cuba untuk menangkap gambar . Tapi,malangnya tidak berjaya . Awan akan terus berarak tanpa henti . Kabus malam juga mengiringi .Kalimah suci itu sudah hilang . Sang Bulan tersenyum menyinari kegelapan malam..

Aku cuba memerhatikan kalimah yang tertulis itu disebalik pohonan . Dedaunan tidak berhenti bergoyang ditiup angin bayu sepoi-sepoi bahasa diikuti Sang cengkerik juga turut menyanyikan lagu indah pada Sang Pencipta . Aku menarik nafas lega menghirup udara yang segar . Subhanallah,malam yang amat indah .

" Segala puji bagi ALLAH.Pada malam ini, Allah menunjukkan kehebatan kekuasaannya kepada kita semua . Walaupun langit gelap yang hanya sang bulan yang menerangi , kalimah DIA masih jelas terukir di sana . Maha suci Allah . Moga-moga amal ku dan cinta ku padaNya kian bercambah setelah ini "


 ------------------------------------------------------------------------------------------



Tika aku merenung ke langit,
dalam kepekatan gelapnya malam,
sering aku tertanya-tanya,
Ya Rabbul Izzati,
Mengapakah Kau ciptakan diriku ini ?
menanti dalam kerinduan bersama sinar cahaya harapan ..
Aku mendengus sendirian,
Kesal,
Sayu,
Syukur,
bercampur baur di hati yang kecil ini..

Manakan tidaknya,
Aku sentiasa saja melakukan dosa,
Tanpa aku sedar
mahupun sengaja.
Terus terang,
aku katakan.
Aku lebih senang menangis dari menyembunyikannya.
kerna itu menenangkan jiwaku.

Ya Allah :'(
Bimbinglah hambaMu yang hina ini
ke jalan yang diredhaiMu,
Tunjukilah aku jalan yang lurus,
Tsabatkanlah aku dalam Perjuangan ini.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar akan rintihan hamba-hambaMU..


~Wardatul Jannah,
~Kuala Lumpur,
~at 09.45 pm


Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Cebisan "Nuur"
Sentuhan Syawal
Tangisan sepi
Titipan Pertemuan
Maghfirah-Nya
Pandangan mata hati
Lambaian Kasih Ramadhan
Teduhan Cinta
Merindui saat itu~
Maafkanlah walaupun terluka




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved