Rindu padamu.
Wednesday, January 23, 2013 • 3:02 PM • 4 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah, Sebisa mungkin. aku mahu dekat sama sosok pejuang itu, Benar kata mereka; Tak kenal, maka tak cinta. Tutur katanya. Akhlaknya. Perjuangannya buat ummat dan akhirat. Sehingga kini namanya tetap utuh. harum sehingga pelosok duniawi. * sungguh * di saat itu, aku mulai jatuh cinta.
:’)
Ya Rasulullah, Aku begitu merinduimu. “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56) " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" (Al-Nasai & Ibnu Hibban) Terkadang malu, mengurung diri. Berlegar-legar di sekelilingku. Bagaikan tidak bermakna hidup sendainya tidak mengenali, mengasihinya dan mencintainya. Selawat serta salam dititipkan buat baginda , Nabi Muhammad SAW. Apabila nama baginda disebut-sebut berulang kali, bagaikan nyanyian merdu yang mengalir dalam kesunyian hati yang membisik. Subhanallah, ketenangan itu hadir merisik denyut urat-urat nadi.
:')
Kehadiran baginda dinanti, pemergian baginda ditangisi. Rindu. Kutip bibit-bibit rindu itu, Mungkin rinduku hanya mampu ku urai lafaz di bibir menyatakan kalimat indah itu. * syafaat * Tanam cita-cita itu biar subur. sehingga ketemu akhirat. Lagi-lagi malam-malam indah yang dihiasi dengan " pertemuan " dengan baginda. Alangkah beruntungnya. Allahu Allah. :) Apabila kisah perjuangan baginda dihayati, bagaikan hendak menitis air mata ini. Tidak beruntung dan rugilah bagi mereka yang lebih memilih untuk gugur dan futur dalam perjuangan dakwahnya. Mereka lebih memilih untuk melarikan diri daripada melalui simpang ujian yang menanti. Mereka hanya mampu berfikir untuk mengambil jalan yang mudah. Namun, adakah penyelesaian kepada ujian itu bakal berakhir jua? Ujian itu tandanya kasih sayang Allah. Sedangkan Rasulullah itu tetap teguh dan tabah mengharungi ujian besar yang melanda. Jika hendak dibandingkan dengan kita, hanyalah setitis cuma. Allahu Rabbi.. :’( “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: 2-3) p/s : Dalam setiap detik berputar , Di setiap nafas yang terhela.. Ayuh! Sama-sama kita mempelajari hadis Rasulullah SAW, mengamalkan sunnah baginda, dan menyampaikan kepada orang lain. Salam Maulidur Rasul 1434H. Allahumma salli `ala muhammad, wa`ala ali muhammad..♥
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Hitam putih
[ Sedia berlari ]
Luka Pedih.
Malumu begitu berharga
Serikan Taman Hati
Be Matured
Hilang.
Bidadari
Simfoni Hati
Nukilan Lukisan Hatiku
BANNER; |