!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Titik mula untuk berubah
Saturday, March 24, 2012 • 7:55 AM • 6 comments
                                                                        بسم الله الرحمن الرحيم


Hati ini,
Titik mula untuk berubah,

Berhijrah ke arah yang lebih baik,
Meniti kehidupan baru,
Dari awal sampai akhir,
Bukan sementara tapi selamanya,.
Sungguh,.
Ia bukan mudah seperti yang disangkakan,
Menelan pahit,
untuk merasai secangkir kemanisan..


Hati ini,
adalah cindera jiwa,
Belajar erti Ketabahan dari Amarah,
Belajar erti Pengorbanan dari Putus asa,
Belajar erti kesyukuran dari Kesombongan,
Belajar menjadi Yang Solehah dari Yang Biasa,
Belajar dan terus belajar,
Sehingga penghujung nyawa.



Rasulullah SAW bersabda :

Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging
yang jika ia baik maka baiklah tubuh tersebut seluruhnya
dan jika ia rosak maka rosaklah tubuh tersebut seluruhnya.
Ketahuilah bahawa ia adalah hati.



Hati ini,
Hadiah daripada Yang Esa,
Diberikan olehNya untuk memiliki satu rasa,
Fitrah yang indah,
Dipandang manis,
C.I.N.T.A
Ya,.cinta itu hanyalah berhak dimilikiNya,
Cinta Yang tulus dan Murni Abadi,
Serahkanlah jiwamu pada pemilik cintamu,
Bukan pada yang bernama insan kerana ia akan layu,.


Hati ini,
Lembut bicaranya,
Bersuara dalam sendu,
Bermonolog dalam tawa,
Tarbiyyahkanlah ia dengan sebaiknya,
Mengubati hatimu yang lara,
dan teruskanlah melangkah tanpa henti,
Mengenal pada Sang pencipta dan diri,
Semakin jauh dirimu denganNya,
Semakin Dia menghampirimu,


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”. 

sabtu, 24/3/2012 at 10.52 pm


p/s: Dalam proses mentarbiyyahkan diri sendiri ,.Muhasabah itu lebih baik untuk mendekatkan diri pada Allah,.InsyaAllah,mudah-mudahan usaha untuk mentarbiyyahkan insan yang lain berhasil,. ;)







Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Malu untuk ku katakannya,.
Permata di celahan kaca..
Segenggam Harapan
Bibir Tersenyum,.Hati menangis
Bunga Idaman
Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.
Dari sahabat untuk sahabat
Suburkanlah berbaik sangka..
Warkah teristimewa buat adikku (ukhti soghir)
Bersyukurlah selalu (❤◕‿◕❤)




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved