!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Permata di celahan kaca..
Tuesday, January 24, 2012 • 7:32 AM • 3 comments
 


بسم الله الرحمن الرحيم
                                                                 (sekadar gambar hiasan)

                                                               

SENJA yang mendamaikan jiwa..TENANG angin macam semilir ombak, daun-daun persis pasir halus berterbangan..Kelihatan dari jauh,.telihat olehku seorang gadis dalam kurung, dan TUDUNG LABUH...bibir tanpa lipstik, pipi sekadar alas bedak tipis..WAJAH yang biasa-biasa, melalui jalan yang sesak dengan orang ramai,.. tapi entah kenapa bila dipandang, rasa manis..manis yang tidak dibuat-buat,.Berjalan penuh kesederhanaan sambil menunduk pandangannya,.Semua mata memandangnya,.

Mereka tidak mengganggu,.apatah lagi,.menyentuhnya,.
Malah,.menghormatinya,.
Dalam diam,
Ada suara insan yang mengaguminya,
Dalam diam,
Ada suara insan yang mengimpikan menjadi sepertinya,
Kerana dialah Bunga Idaman,
Kerana dialah Muslimah Sejati,
Kerana dialah Srikandi pilihan...

Wanita itu,,
TIDAK berhias mendedahkan kecantikannya,
tetapi,Kecantikan yang dimiliki hanya untuk tatapan suami,
TIDAK berjalan melenggok-lenggok tubuhnya,
tetapi,Tenang memercepatkan langkahnya dengan penuh kesederhanaan,
TIDAK memakai pakaian mengikut fesyen terkini,
tetapi,.menutupi tudung labuhnya membaluti perhiasannya,
TIDAK memerdukan suaranya di hadapan ajnabi,
tetapi,baginya,Suara itu sebuah mahkota yang perlu disembunyikan daripada diperdengarkan bukan mahram,
TIDAK memakai wangi-wangian yang bisa menaikkan aura nafsu lelaki,
Kerana,.dia tahu semua itu layak untuk Si suami..

Wanita SOLEHAH itu lebih baik dari BIDADARI syurga
Wanita solehah itu tidak mencintai lelaki sembarangan,.Cintanya kekal pada Cinta yang Satu,.iaitu ALLAH,.kerana baginya Dialah segala-galaNya,.Tidak dia rasa kekurangan,.Kepada Allah mengadu hinanya,.Di sisi malaikat didoakan bahagia,.Tidak dia sepi sendirian,.Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan..Begitu juga cintanya  pada kekasih Allah,.iaitu Rasulullah SAW,.iaitu lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah,.ini kerana nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita,.Baginda yang telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakuka dengan kehinaan pada zaman jahiliyyah.Khususnya oleh kaum lelaki..

Salah satu tanda kasih baginda Rasulullah SAW terhadap kaum wanita ialah berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada kaum wanita.Khususnya ahli keluarga mereka.Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan ahli keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita..

Rasulullah SAW bersabda
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya..dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya,"(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Benarkah wanita solehah itu lebih baik daripada Bidadari syurga?

Daripada Ummu Salamah ,isteri nabi SAW,katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang) :Aku berkata .."wahai Rasulullah SAW!adakah wanita di dunia ini lebih baik atau Bidadari?Baginda menjawab.."Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimaa yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata.."wahai Rasulullah!Bagaimanakah itu?

Baginda menjawab.."Dengan solat,puasa dan ibadat mereka kepada Allah,Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,.berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..(hingga akhir hadis)"(riwayat al-Tabrani)

Subhanallah,.begitu indahnya wanita solehah itu ..Dunia ini umpama lautan perhiasan..Yang sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah,.yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah,.dialah sesungguhnya insan bernama wanita solehah..
Perihal Muslimah Sejati


Duhai sahabatku,.ketahuilah muslimah sejati itu bukan dilihat dari kecantikannnya dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil.Tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi..itulah yang terbaik."

Ingatlah duhai sahabatku,.muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang memepersonakan..Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberinya,.tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu..Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa.tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran"

Ketahuilah,bahawa muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetpi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang yang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya.dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi"

"Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatannya dan mentaati semuanya,maka masuklah ia kedalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya"(riwayat Al Bazzar)
P/s-->Wanita solehah itu,Dilahirkan kedunia ibarat sebutir permata, di celahan kaca,.kerdipnya sukar untuk dibezakan,.apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya,apabila diletakkan di tempat mulia disanjung sebagai permaisuri, apabila dibekal dengan ilmu di dada menjadi cendikiawan bestari...Dialah wanita harapan Tuhan..Kebanggaan umat zaman berzaman..Menjadi bidadari sudah impian..Tetap menjejak penuh harapan..Cinta Allah dalam keredhaan..Moga beroleh Syurga idaman..

>>Semua wanita boleh menjadi muslimah sejati dan wanita solehah,..Pelajari dan contohilah isteri baginda Rasulullah saw dan para srikandi yang amat dikagumi,.Subhanallah,.begitu indahnya menjadi Wanita Solehah itu,.ALLAH,.Allah,.Allah.






Labels:


Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Segenggam Harapan
Bibir Tersenyum,.Hati menangis
Bunga Idaman
Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.
Dari sahabat untuk sahabat
Suburkanlah berbaik sangka..
Warkah teristimewa buat adikku (ukhti soghir)
Bersyukurlah selalu (❤◕‿◕❤)
Yang Suka menjadi Duka,.
Kebahagiaan ABADI




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved