Bunga Idaman
Monday, December 12, 2011 • 7:28 PM • 4 comments بسم الله الرحمن الرحيم Petang tadi,terlihat kepadaku sekuntum bunga.Kelopaknya indah dan berwarna-warni..Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya..Pasti duri-duri itu melukai jemariku.. Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya.Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik bisa kusentuh lalu kuterlihat pada sekuntum bunga tidak jauh dariku. Aku menghampiri bunga itu. Ia nampak cantik dari jauh...Ku lihat batangnya yang tidak berduri ,lalu ku sentuh dan aku cuba untuk menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia di belakangku,.Sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan ..Lagak mereka sungguh menjengkelkan.Aku mengumpat di dalam hati,.Rasa marah bila hukum Tuhan tidak diendahkan. Tak lama kemudian,.Si adam memarahi Si hawa..Aku Hanya melihat dari jauh seperti menonton drama televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri.Dia meninggalkan gadis manis itu menangis hiba. Pada masa yang sama,aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan,sederhana langkahnya ..Dia berjalan tidak jauh dariku,.Pakaiannya labuh tidak merangsang nafsu.Alangkah senang hatiku melihatnya..Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya,.Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat. Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat. Aku mula bermonolog.. Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang..Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh Sang Kumbang lalu Sang Kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap. Aku melihat kembali ke arah mereka dan bingkas bangun.. Siapakah aku? Aku tergolong dalam kelompok yang mana? Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri.. "Ya Allah ! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid,.bunga idaman agama ! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran,.Jadikanlah aku wanita solehah,.wanita mukminah,," Moga diriku seperti Khadijah,Rabiatul Adawiyyah,mashitah,Aisyah,Muthiah dan Ainul Mardhiah ! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.. sumber = klik sini p/s ::✿Bunga Idaman itu,.INDAH
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.
Dari sahabat untuk sahabat
Suburkanlah berbaik sangka..
Warkah teristimewa buat adikku (ukhti soghir)
Bersyukurlah selalu (❤◕‿◕❤)
Yang Suka menjadi Duka,.
Kebahagiaan ABADI
Untungnya mencintai Allah
Melakar Barakah yang berbaki
Sahabat umpama tangan dan mata
BANNER; |