!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Malu untuk ku katakannya,.
Saturday, March 3, 2012 • 3:17 AM • 4 comments


                                                                       بسم الله الرحمن الرحيم         
                                                                it's me by~Noor-SPB




 
Aku,
Di sini masih besendirian,
Memandang langit biru yang terbentang luas,
Belajar ketenangan di sini,
Penuh kerinduan dan syahdu,
Ditemani oleh titisan air mata,
Dan meng Erti,
Betapa kekerdilan ini menggugah rasa,
Hati kecilku menunduk hina,
Sungguh,.
Aku begitu malu pada Sang Pencipta,
Malu ketika Aku melanggar perintah Rabbku,
Malu ketika butir bicaraku membawa murka,
Malu ketika kelakuanku membawa mungkar,
Malu saat aku memungkiri janjiNya,
Malu Solatku dan ibadahku,
Hanyalah sia-sia,
Dek kerana dosaku yang menjalar,
Dek kepudaran keikhlasanku kepadaNya..

................................................................................

Teringat akan kenangan berqiamullail bersama-sama sahabat2 yang disayangi di sekolah,.Amat indah dan  bermakna buat diriku,.Seusai membaca Al-Ma'athurat beramai-ramai di dalam dewan,.Kesemuanya dikehendaki keluar dari dewan dan menuju ke padang sekolah yang terletaknya tidak beberapa jauh dari situ,.kemudiannya,disuruh pula membuat satu bulatan yang besar,.Semua sahabat memegang tangan sahabat mereka dengan erat dan kasih sayang..Merasakan kemanisan Ukhwah yang terjalin walauupun ada sesetengah insan yang masih tidak kenali bersama di situ,.Di situ,berseminya suatu persahabatan..
 



          Kak Ha : Cuba kita pandang ke langit,.apa yang kita rasa wahai sahabat2ku?Renungi demi Iman..




Adik Ika : Keagungan Allah swt..
Kak Nur : Allah Maha Kaya,.Dia menciptakan segala-galanya..tersusun rapi dan tidak bertingkah,.Lihatlah pada langit tu,.Tiada tali yang tergantung di atas langit tu kan,.Jika kita perhatikan lagi,.langit itu seolah-olah lukisan yang amat indah dan menarik hati,.sejuk dan tenang,.Tiada manusia yang mampu menandingi ciptaanNya yang terukir Indah,,Itulah menunjukkan kekusaan Allah swt,.

Semua yang berada di situ tersenyum dan kagum akan langit Allah yang menawan hati,.Benar kata kak Nur,Ciptaan Allah itu sangat Indah,.Subhanallah..

"Seringlah kita memandang ke langit,.agar kita mengerti bahawa kita hambaNya yang kerdil lagi hina disisiNya,.dan kerapkanlah berfikir tentang diri sendiri,.Baru kite mudah sedar bahwa diri ini adalah terlalu istimewa,."

Semua mata memandang ke arah suara itu,.dan melemparkan senyuman padanya,.Ada yang mengangguk perlahan,.Tanda setuju dengan kata2nya,.Dia adalah sahabatku yang ku sayangi,.Seolah-olah dia cuba mendalami ciptaan Ilahi,.Kata-katanya begitu meruntun hatiku yang kecil dan terkesan..Aku pula,tunduk membisu..menahan hiba di hati,.Oleh kerana,aku berasa malu padaNya,.akan dosa-dosaku yang ku lakukan..selama ini..





Malu itu melambangkan Nilai keimanan dan Kesusilaan
Sabda rasulullah SAW: Malu dan Iman adlah teman seiring sejalan.Jika ada satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi..

Dan dalam hadis lain,baginda bersabda =

"Sesungguhhya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan..Maka,untuk Islam adalah sifat malu.. 
Al hayaa khairu kullih,.Malu itu baik semuanya..

"Ya Allah,Kau ampunilah dosa-dosaku ini,.Kau tetapkanlah malu ini dalam diriku,.Supaya imanku,lisanku dan kelakuanku terjaga,.Tuntunilah jiwa hamba ini ke jalan yang dirdhaiMu,.Sinarilah hatiku ini dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau telah menyinari bumi ini dengan matahariMu selama-lamanya,.Dengan rahmatMu Ya Allah,.Yang Maha Pemurah,lagi Maha Pengasih "
~Ameen Ya Rabbal Alameen~









Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Permata di celahan kaca..
Segenggam Harapan
Bibir Tersenyum,.Hati menangis
Bunga Idaman
Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.
Dari sahabat untuk sahabat
Suburkanlah berbaik sangka..
Warkah teristimewa buat adikku (ukhti soghir)
Bersyukurlah selalu (❤◕‿◕❤)
Yang Suka menjadi Duka,.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved