Yang Suka menjadi Duka,.
Sunday, October 30, 2011 • 8:02 AM • 6 comments بسم الله الرحمن الرحيم Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan… Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keaijaban tidak akan berlaku..Tanggal 29 Oktober 2011,.peristiwa ini pastinya akan tersimpan di ingatan dan akan terus abadi di dalam diri,.yang pastinya,.semestinya ada diantara kalian tertanya2 apakah maksud tarikh tersebut,.secara mahu ataupun tidak,.saya ingin menceritakan dan mencuri seberapa detik waktu yang sebolehnya,dengan jari -jemari yang menari di atas keyboard,.Sekadar menulis menurut bicara isi hati yang terpendam,. Tatkala insan yang lain sedang enak berehat daripada kepenatan daripada seminggu bekerja,ibu saya telah menerima panggilan dari kampung bahwa datuknya telah mengalami sakit tenat di kampung,,.Tanpa membuang masa,saya sekeluarga terus bertolak ke kampung di Pasir Mas,kelantan,.Setibanya kami di sana,ramai sanak saudara telah tiba terlebih awal daripada kami,.Melihat datuk yang sedang terbaring kesakitan,.kami terus melangkah ke arah datuk,.bersalaman dengan datuk dan mengucup pipi beliau dengan penuh kasih sayang dan rindu yang telah lama tertaruh.,.Datuk hanya terdiam dan sesekali melihat matanya tersenyum menyambut kepulangan anak dan cucu mereka,.seolah-olah embun jernih mulai timbul di matanya,.Masing-masing berkumpul mengililingi datuk yang sakit tenat,.Beliau.mengalami derita yang mungkin akan saya rasai tidak lama lagi,.saya tidak dapat membantu dan tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.,saya melihat dan.hanya mampu untuk menghadiahkan kepada beliau surah yassin dan mendoakan kesejahteraan beliau,.~Syafakallahu ya jaddi,.~ Melihat kapada datuk yang jarang sekali untuk membuka mata,.kami mencuba sedaya upaya untuk menjaga datuk sebaik mungkin,."Aaaaduh,.aaduh,.aaaduh,.sakit,.sakit,.sakit" kadang-kadang terdengar jeritan beliau oleh kerana luka pada kaki yang dihadapi,.walaupun begitu,tatkala menahan kesakitan yang dialami,.sesekali telinga yang dianugerahi oleh Allah kepada diri ini terdengar kalimah indah "Allah,....Muhammad,." menitir di bibir datuk walaupun tidak sebegitu jelas didengari,.Berulang kali,.kemudian,.meneruskan tidurnya sambil menitiskan air mata,.Subhanallah,.diri ini kagum melihat datuk yang mengingati tuhan-Nya,.mengapakah hati ini tidak bersyukur dan tidak mampu mengungkapkan kalimah indah sebagaimana datuk walaupun jasad ini sihat,.dan mungkin sempurna,.hati mula tersentuh,.mengingati dosa-dosa yang lampau,.yang belum mungkin dapat kupikul,.dan berfikir bagaimanakah 'aku' pada masa tuanya jika diberi peluang oleh Allah menjalankan amanah di dunia ini,. merasai bahang kesakitan yang mungkin aku hadapi cuma sebentar sahaja lagi,.betapa lemahnya diri ini,."Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan berikanlah petunjuk kepadaku" ************* Sewaktu petangnya,.saya berehat bersama dengan sanak saudara yang lain,..Ada yang makan,minum ,berbual dan sebagainya,. tetapi tidak buat Umi,Ayah,ibu dan bapa saudaraku yang lain,.mereka menjaga datuk yang memerlukan bantuan,.manakala saya dan adik yang ke-4(nani) sedang khusyuk berbual di beranda rumah,. "kakak,esok hari jadi nani,.akak bagi hadiah yer esok,.!!"pintanya dengan mengukir senyuman dan kegembiraan yang jelas terpancar di wajahnya.,Mungkin,tidak sabar mahu menanti hari lahirnya yang bakal disambut keesokannya."insyaAllah,.nanti kakak bagi yang cantik-cantik,.OK" kataku dengan nada riang,Idea silih berganti timbul di benak fikiran,.apakah hadiah yang sesuai untuknya ^__^ Bagi menenangkan fikiran yang bercelaru,anak mata bergerak mengalihkan pandangan ke arah tempat bermain dahulu kala,.sedikit sebanyak mengingatkan banyak memori yang tersimpan,.teringat pula kata-kata datuk yang sentiasa terpahat di ingatan,.Semasa saya pulang ke kampung,.perkataan itulah yang sentiasa terukir di bibir datuk,.Sayangnya datuk kepada cicitnya,.masih ingat walaupun telah mencecah usia 96 tahun,."Wardah,.Oooo Wardah,."kedengaran jelas suara datuk di dapur,.semasa itu saya sedang bermain bersama sepupu yang lain.lebih kurang berusia 3 tahun.."OOooo."jawab saya,.kemudian panggilan itu diulang sekali lagi,.kemungkinan memanggil saya,.saya mengagak tetapi tidak menoleh ke arah datuk kerana tumpukan kepada permainan ,.sekadar menjawabnya dengan jawapan yang ringkas,."OOoooo..".terdengar beberapa suara insan yang ketawa berdekah-dekah di dalam rumah datuk,.apa yang diketawakan pun saya tidak tahu,.Masih kecil dan belum mengerti apa-apa,.kalimah itulah yang dianggap lucu oleh datuk,.saya tidak seperti sepupu yang lain,.Jika sepupu yang lain dipanggil oleh datuk,.mereka akan bersuara"ya,.atuk" <---inilah jawapannya,.tetapi lain pula bagi saya,. ************** keesokan harinya,.lebih kurang pukul 8.00 pagi,.kami meneruskan bacaan surah yassin,.orang mula ramai hadir menziarahi datuk yang sedang sakit,.kami ( kaum hawa )pula sibuk menguruskan kerja dan menyediakan makanan di dapur bagi melayan tetamu yang hadir,.Sesetengah yang lain,.ada menguruskan datuk,.dan ada juga yang membaca surah yassin secara bergilir-gilir..kami mula hairan dan kalut apabila mendapati datuk yang asyik melelapkan mata,.ibu saudara memberi minuman menggunakan kapas,,.lalu diletakkannya di dalam mulutnya,.dihisapnya juga minuman itu secara perlahan-lahan,.tetapi masih tidak membuka mata,.Tidak beberapa minit kemudian.,anak-anak murid beliau,.hadir menemui datuk yang sedang sakit,.dibisik kepadanya kalimah Allah berulang kali di telinganya,.Alhamdulillah,saya bersyukur kerana datuk masih dapat membuka matanya perlahan-lahan,.Mesti kalian tertanya-tanya ,.siapakah datuk? Datuk merupakan seorang guru ilmu maarifah,..sejak kecil sehinggalah dewasa menghambakan dirinya di dalam ilmu ketuhanan terutama tasawwuf dan hakikat ,.Beliau antara pendokong fahaman TOK SELEHONG dan mempunyai ribuan pengikut dan muridnya.. "Umi,.esok kakak ada exam,.kalau boleh,.umi balik awal sikit ya!!"entah mengapa pada hari tersebut terdetik di hati saya menyuruh ibu pulang ke rumah dengan cepat alasannya terdapat imtihan pada keesokannya,."kakak nak balik awal ?cuba kakak pergi tengok muka datuk tu macammana.."rayu umi apabila mendengarkan anaknya yang mementingkan peperiksaan berbanding datuk yang sakit,.sejurus dengan itu,.saya terus melangkah ke arah datuk dan duduk disisinya,.melihat mukanya yang pucat dan lesu menggerakkan hati untuk terus berada di kampung,.sayu hati apabila memandang wajahnya,.hati ini berasa KASIHAN,.menahan sebak.. semoga roh datuk sentiasa dalam naungan rahmat Allah,.~Allahumma Ameen~ " memohon maaf dengan entry yg panjang lebar."
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Kebahagiaan ABADI
Untungnya mencintai Allah
Melakar Barakah yang berbaki
Sahabat umpama tangan dan mata
Wahai Hati..Dengarlah..
Pesanan Keinsafan
La Tahzan..Innallaha Maana
Duhai Muslimah..
Ahlan Wasahlan ya Rejab..
Perjalanan menuju Allah
BANNER; |