Sahabat umpama tangan dan mata
Monday, July 25, 2011 • 9:17 AM • 0 comments Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah,dengan limpahan dan kunjungan rahmat-Nya..dapat lagi ana bertutur bicara melalui penulisan ini..Sememangnya setiap khalifah yang menjalani ibadah di pentas ini pasti ditemani oleh insan yang bernama SAHABAT..Tetapi.. Masih adakah sahabat sejati di dunia ini?Barang kali ada yang menjawab Ya,ada juga yang mengatakan TIDAK..Kebanyakan orang berkata ,kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu..Sebab antara kawan dan sahabat ada PERBEZAANnya.. kawan senang dicari tetapi tidak sahabat.Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu..Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja.Sahabat lebih akrab hubungannya..susah senang dikongsi bersama. Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan.Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata.Ketika tangan terluka,mata menangis,dan saat mata menangis,tangan menghapuskan air mata.Alangkah manisnya ungkapan ini terasa benarnya! Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuhi saat suka dan duka.Tidak hairan ada orang yang menjalin persahabtan bertahun-tahun lamanya..diikat pula dengan hubungan keluarga yang Sahabat sebegini sesungguhnya sukar untuk ditemui tetapi ada di dunia ini.Cuma masa dan keadaan menemukan sahabat SEJATI.. Namun,persahabatan itu tidak terjalin atas landasan lurus.Sepanjang perjal;anan membina hubungan persahabatan,tidak sedikit dugaan dan ujian melanda.Sebab itu,ada persahabatan tidak kekal lama.Akhirnya,tinggalllah diri sendiri tanpa sahabat.Dunia ini menjadi sepi dan sunyi hilangnya sahabat..umpama hilang separuh diri. Tidak selalu apa yang kita harapkan berjalan lancar.Pengalaman kita bersama sahabat kadang-kadang membuat kita sangat lelah dan terasa jengkel .Tetapi itulah yang mengikat tali persahabatan semakin mempunyai nilai indah.Setiap persahabatan semakin mempunyai nilai indah.Setiap persahabatan akan berdepan dengan cabaran tetapi akan sentiasa mengatasi cabaran hingga mengukuhkan hubungan tersebut..insyaAllah Persahabatan Itu Terbina Atas Ranting Kejujuran. Bertunjangkan Keikhlasan, Lalu Membuahkan Kemanisan Ikatan, Jika Terpesong,Maka Patahlah Ranting, Reputlah Akar lalu Rosaklah Buah...... TEMAN SEJATI BUKANLAH YG DEKAT DI MATA, YG DEKAT BICARANYA, TETAPI YG SETIA DIHATI&DIINGATI DLM SETIAP BISIKAN DOANYA......(Qhairina) Wallahua'lam ^__^
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Wahai Hati..Dengarlah..
Pesanan Keinsafan
La Tahzan..Innallaha Maana
Duhai Muslimah..
Ahlan Wasahlan ya Rejab..
Perjalanan menuju Allah
Adakah mengumpat termasuk dosa yang besar??
Siang dan malam ciptaanﷲ ¸
✿Khas buatmu UMI..✿
Doa Rabitah Hati
BANNER; |