Melakar Barakah yang berbaki
Sunday, August 28, 2011 • 12:26 PM • 2 comments بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum buat sahabatku sekalian..Selamat mencicipi Aidilfitri yang berbaki !!..Kaifa halukum?Bagaimanakah dengan semangat Ramadhan yang telah dilalui?ya,ana berharap kalian dianugerahi oleh Allah kesihatan yang baik yang mana ia amat berharga buat kita semua..Walau apapun, sekalung tahniah diucapkan kerana mampu mengharungi ujian Ramadhan.Mahu dikatakan berjaya, periksalah kedudukan kita ..Adakah diri kita hari ini sudah kian membaik berbanding sebelumnya(Ramadhan)..Jika kian baik,itu tandanya puasa sudah mampu membentuk akhlak kita..Maka berjayalah kita..Tetapi jika puasa kita yang lepas masih sahaja sama.Akhlak,tutur kata,amal dan sebagainya tidak ubah seperti dahulu..bimbanglah jika puasa hanya sekadar berlapar dahaga itu sahaja.Itu tandanya kita masih tidak berjaya menjadi lebih baik.. Sabda Nabi SAW:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak memperoleh daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga."(Riwayat Imam an-Nasai) Walaupun dalam kesibukan berhari raya,marilah kita menyemak kembali segala bekalan kita untuk menuju ke alam akhirat..Adakah ia mencukupi ataupun sebaliknya..Benar,telah berakhir Ramadhan,kita sudah memperoleh Eidul Fitri..iaitu hari kemenangan..Namun,apakah sudah tertunai semua kewajipan?Adakah sepanjang Ramadhan,kita sudah menjarah barakah yang disediakan?Atau tidak pun serius mencarinya,malah lebih serius memikirkan raya yang menjelma..Sebagai insan,kita tidak sepatutnya membiarkan masa yang diberi berlau pergi tanpa ditata hias ataupun sebaliknya.. Justeru,Ramadhan yang tiba akan disambut kegembiraan dalam wajah yang baru buat yang beriman.Merintih penuh harap ,agar ibadah dan amal diterima seadanya.Namun tidak puas lagi bermesra,Ramadhan mahu pergi meninggalkanya,..Sehiba Laila mengiringi Majnunnya.. Nabi Saw menukilkan lagi,:"Sesiapa yang menemui Ramadhan,sedangkan dia tidak diampuni Allah.Jika tidak di bulan Ramadhan,bila lagi?"(Riwayat Imam Tabrani) Tetapi ,tatkala Ramadhan sudah beransur pergi,apa yang berbaki?Adalah diri kita seharusnya menatih hayat di atas batas usia entah bila akan sampai ke penghujunganya..Entah bila ajal mendatang..ingatlah!!Jutaan umat manusia yang hidup hari ini upun,belum tentu mendapatkan lagi Ramadhan pada tahun hadapan..Semuanya tergantung pada ketetapan tuhan..Jadikanlah Syawal bulan terbaik untuk kita meraikan hari kemenangan ,bukannya hanya menanti mereka meraikan kita.. Di kesempatan ini,Salam Aidilfitri diucapkan.Di samping itu,ana ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan tulus maaf zahir dan batin minal Aeidi Wal Faizin..
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Sahabat umpama tangan dan mata
Wahai Hati..Dengarlah..
Pesanan Keinsafan
La Tahzan..Innallaha Maana
Duhai Muslimah..
Ahlan Wasahlan ya Rejab..
Perjalanan menuju Allah
Adakah mengumpat termasuk dosa yang besar??
Siang dan malam ciptaanﷲ ¸
✿Khas buatmu UMI..✿
BANNER; |