!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
07/06 - Debaran yang menanti
Wednesday, June 6, 2012 • 11:31 AM • 0 comments

                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

Dup dap! Dup dap! Dup dap!

Jantungku berdegup kencang,.Diikuti oleh aliran nadiku yang turut berdenyut merdu,.Semua angan-anganku hilang serta merta di bayangan mata,.Aku menjadi terkesima,.Sejak 2-3 hari ini,aku sentiasa memikirkan perkara ini,.Sentiasa berlegar-legar di kotak fikiranku,.Tanpa aku sedar,air mata tutut menemaniku tatkala mengucapkan zikir di kidung doa'ku,.kepada Pemilik Cintaku,.


Ya ALLAH..
Terima kasih untuk getaran perasaan yang begitu menggugah jiwa ini,.Terima kasih untuk anugerah nyawa yang amat bernilai ini,.kerana diriku masih diberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba..Sungggguh,.Baru aku sedar begitu JAUH 'jarakku' denganMu,.Baru aku sedar INDAH makna sehari itu,.Baru aku sedar Engkau begitu menyayangiku,.Ya Rahim

Ya ALLAH...
Jadikan aku hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-MU,mengingati-Mu,yang sentiasa berbaik sangka pada-MU,yang sentiasa menyebut nama-Mu,yang sentiasa sujud menyerahkan diri pada-Mu,yang sentiasa mendamba kasih sayang-Mu,yang sentiasa menagih cinta-MU,yang sentiasa merindui rahmat dan maghfirah-MU......


Hatiku bersuara ;

"Bagaimana jika hari itu aku ditakdirkan pergi menemui Ilahi? Malaikat Izrail menjankan tugas yang diberi,memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku MATI,."

                                                                      
                                                                   
                                                                    ( 0_0 )


                                         .......................


Tiba-tiba aku berasa TAKUT jika hidupku ini hanya dipenuhi dengan SIA-SIA,.aku takut jika MATI nanti dalam PENYESALAN,kerana akal dan fikiranku asyik mengatakan bahwa mati itu lama lagi dan kita hanya memikirkan diri kita yang masih muda dan sihat,.Walhal,Allah ingin MENGAMBIL,bila-bila masa sahaja dari sekarang,...

"kullu nafsin dzaikatul maut"
setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.


"Innalillahi wa Innailahi rajiu'n"
Sesungguhnya dariNya kita datang,.dan DariNya jua kita dikembalikan.


Salam Takziah buatmu "Wardatul Jannah"!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                      credit picture ;rose_vs__lips_by_nasahkalam

pada 07/06...

Dari hujung desa,
Terletaknya sebuah pondok usang,
kukuh binaannya,
Tersusun indah dengan panorama,
Yang menenangkan jiwa,
Di kala azan subuh dilaungkan,
Seorang puteri telah dilahirkan ke dunia,
Raut wajahnya yang suci,
Menangis kelaparan,
Mendapatkan susu Ibunya yang penyayang..



                                                                                    :)



"Sanah Helwa ya ukhti!!"

"Selamat Hari lahir,Sahabatku!"

"Eid Milad Sai'd ya sodikoti"


"Happy Birthday!"





p/s; Terima kasih sahabatku,.Syukran jazilan ya sodikoti,.Thank you friend..Moga2 Allah membalas segala kebaikan kepada kalian dengan rahmatNya yang melangit luas..Jazakillahu khairan kasira..(✿◠‿◠),



    Semalam adalah kenangan,
Mengharungi badai ujian yang berwarna warni,
Biar hari ini,
Aku mahu tabah untuk menghadapi epilog kehidupan,
Ku terbitkan lafaz syukur,
kerana dilahirkan ke dunia sebagai Muslimah,
Yang diibaratkan sebutir permata,
Apabila digilap,
Ia memancarkan sinarnya yang penuh bercahaya,
Diciptakan olehNya dengan seribu keunikan,
Biarlah Ia sesejuk mata air di gunung,
Biarlah dirinya ibarat mawar mekar,
mawar yang menyeri di Syurga,
 Menguntum di jalan Dakwah,
  Biarkanlah Mawar itu,
 Terpaksa melukai tangan-tangan,
Untuk merasai harumnya Kasih Allah..
                                      

Luahan hati,
Wardatul Jannah,

07/06/2012,
at 2:32 AM




Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Bukan ku pinta jadi begini :'(
Sang Bintang dan Mentari
Bagaimana akhirnya aku bertudung labuh,.rahsia seo...
Titik mula untuk berubah
Malu untuk ku katakannya,.
Permata di celahan kaca..
Segenggam Harapan
Bibir Tersenyum,.Hati menangis
Bunga Idaman
Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved