!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Sang Bintang dan Mentari
Friday, April 27, 2012 • 1:29 PM • 2 comments
                                                       
                                                                    بسم الله الرحمن الرحيم
 Indahnya Sang Bintang itu,.Terukir Megah di langit,.Kemilaunya mengindahkan suasana malam yang sepi,.Di saat ini,Ketenangan mula perlahan-lahan meresapi di jiwa,.Bibir melafazkan bait-bait cinta pada-Nya,.Subhanallah,Sungguh indahnya ciptaan Ilahi,.tiada tandingannya,.Bila fikiran bercelaru,.hati tidak tenteram,.Al-Quran itulah penawarnya,.dan ciptaan Ilahi inilah yang mendamaikan Qalbu,.Cuba hayati akan panaroma yang indah ini,.Indah bukan?

apa bezanya Sang Bintang dan mentari?mana lagi cantik?

Cantiknya kerdipan bintang yang bertaburan di langit itu tidak bisa menandingi Sang mentari yang tegap mewarnai Sang Bintang dan isi alam Ilahi,.
Sang Bintang itu,
Cerah dan bercahaya disuluh Sang mentari pagi,
tanpa Sang mentari yang menyinari Cahaya,
Sang Bintang redup dan malap,
tiada lagi keserian di kala malam...

pada pendapatku,
Sang mentari lagi indah ;)
 

Begitulah pada seorang anak,.hadirnya insan yang istimewa bernama Ibu lah yang memberikan segala-galanya,.Pengorbanan yang melelahkan tapi tidak pernah sekalipun ia menyatakan penderitaan demi membesarkan anak-anaknya,.tanpa Ibu yang mencorakkan anaknya ini,.sudah pasti anaknya ini masih meraba-raba dalam kegelapan,.jahil untuk menggapai redha-Nya, Tapi,bila jiwa mulai ditarbiyyah dari kecil,.si ibu lah yang memberi harapan yang Cerah untuk terus bertatih menuju cinta ilahi yang pasti sehinggalah ajal menemui diri ini,.

Di mana kan kucari insan sepertinya,
Kasih Sayangnya bak selembut sutera,
Belaian cintanya mengusap lembut di jiwa,
Hatinya yang tulus mengulit mimpi nan indah,
Membuai rindu mengganti qalbu yang parah,
syahdu terasa bila melihat keprihatinnya,
jerit perih memeras keringat,
dan membanting tulang,
hanyalah buat anaknya ini,
demi mencari secicip rezeki,
Bingkisan agama dihadiahi olehnya,
sehingga tegap merimbun berbekal haruman keredhaan,
melalui cahaya cinta ilahi,
dan rahmat kasih sayang Ar-rahman,
agar ia terus hidup,
tidak tandus sepanjang kehidupan...

*******************************************
Cuaca di luar rumah agak mendung ,.mungkin juga hujan akan membasahi bumi sebentar lagi,.hatiku cuba meneka,.Begitu juga yang terjadi pada diriku,.jiwaku sesuram awan yang mendung,.serabut dan tidak tenteram,.masih adakah pelangi yang muncul menyenari alam ini?hatiku bertanya,.kerana aku juga perlukan insan yang menemani hari ini,.mendengarkan segala isi hatiku yang sudah lama tersimpan,.sudah tidak bisa menahan,.Aku cuba mengambil Al-quran kesayangangku yang berwarna merah jambu di rak buku yang tidak beberapa jauh dari katil,.Aku memeluknya dengan erat dan membaca beberapa helaian dan tafsirnya,,.Bibirku berhenti seketika,.mataku asyik memerhati tafsir ini,.Sebak mulai hadir,.air mata berlinangan,.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba,.Allah amat mengasihi akan hambanya,.

Allahurabbi,.Adakah aku kurang bersyukur ke atas ujian yang kau berikan ini?,.Sungguh,akulah hambamu yang berdosa,.Ampunkan segala dosaku ya Allah,.jadilah aku hambamu yang sentiasa tabah dalam mengharungi ujian yang kau berikan,.Air mata keinsafan mulai membasahi pipi,.Biarlah air mata ini jatuh berderaian kerana takut pada-Nya,.Biarlah titisan air mata ini hanyalah keranaNya,.Segala-galanya kerana Allah,,

Sebentar kemudian,kedengaran olehku pintu bilikku diketuk oleh sesorang,.aku mengesat air mata di pipi dan berusaha tidak menangis lagi,.Aku bangun dari katilku dan menuju ke arah pintu,.

"tunggu kejap,.nanti kakak buka pintu"

Seusai itu,muncul wajah yang amatku sayang berdiri di hadapan pintu,.dia tersenyum memandang ke arahku,.aku juga membalas senyumannya yang indah itu,.

"owh,ummi,.kakak ingatkan siapa tadi,.kakak minta maaf ya ummi sebab lambat buka pintu tadi"

"eh,tidak mengapa..kakak buat apa tadi?kakak sibuk ke?kakak tengah study yer?maafkan ummi yer nak kalau ummi mengganggu,.Ini,sebenarnya ummi ada beli sesuatu untuk anak ummi ni,."

"hah ! ummi beli apa untuk kakak,.hari ni bukan hari jadi kakak,.susah-susahkan ummi pulak,."

"takdelah,.Tadi,ummi pergi ke kedai buku,.Lepas tu,ummi terlihat buku ni,.ummi tengok buku  ni bagus jugak,.Jadi,ummi teruskan beli untuk kakak,.bacalah nanti ada keluangan"



"Ya Allah,cantiknya buku ni,.mungkin isinya jauh lagi cantik kan ummi?,.hehehe,.terima kasih ummi,.kakak saaaaaayang ummi."aku memeluk ummi dengan tidak terkata,.mungkin dia mengerti perasaan hiba yang terbit saat ini,.

"sama-sama,.bacalah dulu,.barulah boleh tau cantik ke tidak di dalamnya,.kalau begitu,.umi keluar dulu ya,.masih banyak kerja yang ummi kena buat,."

"baik ummi"


P/s: terima kasih ummi di atas segala-galanya,.Hari yang mendung kembali cerah dan indah dihiasi Pelangi,. :')





Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Bagaimana akhirnya aku bertudung labuh,.rahsia seo...
Titik mula untuk berubah
Malu untuk ku katakannya,.
Permata di celahan kaca..
Segenggam Harapan
Bibir Tersenyum,.Hati menangis
Bunga Idaman
Wahai tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu,.
Dari sahabat untuk sahabat
Suburkanlah berbaik sangka..




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved