Tangisan sepi
Sunday, August 5, 2012 • 9:22 PM • 10 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah, Biarkan aku berada di sini, hanya sebentar cuma, di lorongan sunyi, izinkan aku luahkan segala bisikan pada pemilik hati, melayani perasaan yang hadir saat ini.. menangisi sepuas-puas jiwaku.. Aku merenung dalam diriku sebenar-benarnya mencari segenap cahaya untuk dibias pada diri, Sinar harapan yang menantiku aku tidak mahu lagi kolam derita itu terus bersemi dalam diri Entah kapan lagi aku jadi begini. aku menjadi bingung sendirian, perasaan yang tidak tentu arah, melayari apa jua yang tak pasti Apabila kisah jihad Rasulullah di hayati, Air mata bergenangan, Apabila corong telinga seakan-akan mendengar riwayat Srikandi di dunia ini, Air mata mengalir, Apabila coretan hidupku menjengahku, Air mata bercucuran, Apabila ujian menjengukku, Air mata bersamaku, Apabila persoalan Mati itu menerpa, Aku seakan-akan mahu meratapi selagi kudrat yang termampu.. aku rindu, aku rindu, akan sesuatu yang dapat menenangkan naluriku, ciptaanNya yang mewarnai alam. Di situlah, aku menghanyutkan rasa itu.
Aku mahu menjadi pencinta langit, Tingginya dan meneduhkan banyak mengajarku, Dari kebiruan Langit, aku perolehi Ketenangan Dan. Dari megahnya Langit ilahi, mendidikku menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya.. Ya, Siapalah aku? Aku insan Hina, Aku insan Dhaif, Aku insan Lemah, Aku insan Kerdil Dan semua itu, menyedarkan aku dari melakukan kesilapan lalu, Dan semua itu, menyedarkan aku yang aku tidak punya apa-apa Jelas.. Aku si pendosa.. Hakikatnya, Aku alpa dunia yang sementara, Aku lalai dalam melakukan dosa, Aku tidak tahu bersyukur, Aku tidak bijak menilai..
Tangisan sepi,
Wardatul Jannah, 6/8/2012, Tanah Merah,kelantan p/s = Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Titipan Pertemuan
Maghfirah-Nya
Pandangan mata hati
Lambaian Kasih Ramadhan
Teduhan Cinta
Merindui saat itu~
Maafkanlah walaupun terluka
07/06 - Debaran yang menanti
Bukan ku pinta jadi begini :'(
Sang Bintang dan Mentari
BANNER; |