Sentuhan Syawal
Friday, August 24, 2012 • 10:15 AM • 4 comments بسم الله الرحمن الرحيم
Hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya melepasi godaan nafsu [lapar,dahaga n sebagainya]..Penghargaan buat diri sendiri ^^
Titipan buat diriku dan dirimu, Maaf, Bukan izin untuk melakukan kesalahan, legalisasi atas kejahatan, Bahkan restu untuk kemungkaran, ataupun untuk melecehkan rasa keadilan. Aku tidak petah berbicara, Aku lebih layak berdiam dari banyak berkata-kata.. Yang cuma bisa menghunus pena, Menghulurkan ilmu yang DIA punya, Ampun dan pohon Maaf, Di atas ketelanjuran kata, Tersasul bicara, monolog yang mengalir luka di dalamnya. Maaf. Mengingatkan sebagai manusia, Aku tidak akan pernah sempurna, Dari lubuk hati yang dalam perkenankanlah Mohon Maaf. atas segala kelemahan dan kekurangan, Mohon ingatkan kalau ada kesalahan, Tunjuki kalau sesat jalan, semoga mampu melakukan perubahan demi perbaikkan masa depan.. Selamat Hari raya Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin buat semua sahabat serta keluarga yang Tersayang..Moga dalam keadaan sejahtera hendaknya.. Flashback semula~ Ingat tak apa yang kite lakukan semasa bulan RAMADHAN? TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM SHIYAMANA WA SHIYAMUKUM ------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,siap juga doodle hasil tangan Wardah yang pertama ni..macammana,ok ke tak? Maaflah,Wardah punya tak secantik kalian..
Pejam celik,.Pejam celik.. Kini,Ramadhan telah melabuhkan tirainya,.Syawal pula menjelma. Aku mencuba dan berusaha untuk menjadi PEMAAF dan PEMINTA MAAF..Ya,Bermaaf-maafan di Hari Raya ataupun hari-hari lain yang ku tempuhi.Dengan setulus dan seikhlas Hati yang suci,Melalui jalan kehidupan yang amat panjang.Yang amat jauh dan dipenuhi duri,Sekali Leka akan nikmat yang sementara,aku bisa sahaja tewas dan luka buat selamanya.. Kembali ke asal Sentiasa saja Allah memberi peluang kepada kita kembali ke fitrah,.iaitu kembali suci pada Allah..Begitu sayangnya Allah terhadap HambaNya..Tapi,masih ada lagi manusia yang masih merungut dan tidak tahu bersyukur terhadap ketentuanNya..Kufur akan nikmatNya..Aku berasa begitu bersyukur kerana masih punya Ayah dan Umi..Masih dapat beraya dengan mereka..Membuatkan hati mereka gembira..mereka banyak mencurahkan jasa dalam kehidupanku..Malah,Merekalah yang mencorakkan anak-anak mereka.Mereka jugalah yang bersusah payah mendidik,mengasuh,membelai,mencari sesuap nasi tanpa ada perasaan mengeluh demi membesarkan anak-anak mereka..Mereka jualah penghibur dan penawar hati yang duka,.Terkadang,kita tak menyedari betapa peritnya kehidupan meraka yang sebenar..Banyak Asam garam kehidupan yang telah mereka lalui.. jerit perih itulah yang mengajar mereka erti Kehidupan.. "Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro" Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil #STATUS Baru sahaja mata ingin lelap melepaskan lelah daripada seharian melayan tetamu yang hadir ke rumah,.Tiba-tiba air mata menitis tanpa dipinta..menemani melayari mimpi semalaman. SEBAK :'( . Mengimbau segala dosa-dosa yang telah dilakukan,.Bukan mudah menangis kerana ALLAH bukan? ALLAH itu Maha Pengampun dan sangat BAIK Di setiap tangisan,pasti ada bahagianya.. Frequently remind yourself that God is with you,that He will never FAIL you,that you can count upon him..Say this word , "God is with me,Helping me"
=)
senyum. ~PERINDU~ Aku ingin menjadi Sang Setia, Tetap menunggu Si Ramadhan di penantian, kerna ku merindukan saat itu, Rindukan bayangannya, Adakah mungkin aku bertemunya kembali? aku ingin mengecapi kemanisannya sekali lagi sebelum aku melangkah PERGI.. p/s :Tak sempat nak update blog,.tangan dan kaki kerja kuat melayan tetamu yang ziarah ke rumah..raya ke-7 baru dapat update..Semoga segala amalan yang kita dilakukan di bulan Ramadhan,dapat di Istiqamahkan sehingga ke bulan-bulan yang lain..insyaALLAH..Jom Beramal!!
~Eid Mubarak~
KULLU A'M WA ANTUM BIKLKHAIR
~Wardatul Jannah ~1.12 am at 25/8/12 ~Tanah Merah,Kelantan
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Tangisan sepi
Titipan Pertemuan
Maghfirah-Nya
Pandangan mata hati
Lambaian Kasih Ramadhan
Teduhan Cinta
Merindui saat itu~
Maafkanlah walaupun terluka
07/06 - Debaran yang menanti
Bukan ku pinta jadi begini :'(
BANNER; |