" Dari-Nya aku datang, Dan kepada-Nya jua akan aku dikembalikan "
Bismillah.
Kisah aku. suka main sembunyi-sembunyi. suka melakar pada warkah bisu. mungkin acapkali. angan-angan capai mimpi yang tinggi persis Langit. Megah menaungi tapi meneduhkan. Aku hanya ingin terus berlari tinggalkan cerita sepi busuk . basi . jauh dari sisi. Aku bukan insan sempurna. hanya berpeluk pada dosa. yang tidak berpehujungnya.
Bila tiba saatnya nanti Aku bakal pergi. Tempat itu Jauh dan jauh. Moga ketemu kita di sana ya! Moga sesiapa yang membaca tulisanku, kelak mendoa'kan kesalamatanku dari azab api neraka.
| Jazakumullahu khayran katsira.| Sentiasa mendoa'kan sahabat dalam doa'ku di kejauhan.
:) ada lagi? Hanya bercanda.
menyambung " Taaruf "nya terus di sini ya !
Hanya sesama Muslimah permata agama.
Engkau bagaikan permata yang bernilai di hatiku, Umpama lestari cahaya yang menyinari hidupku, Leluhur kasih dihulur olehmu, Sebagai tanda besarnya pengorbananmu.. Cintamu sentiasa bersemi kepada anak-anakmu, Membelai,Menyayangi,Mendidikku tak pernah jemu, tanpa mempeduli apa itu penat lelah, Agar anakmu menjadi orang yang bertaqwa.
Mahar jasamu bernilai tinggi, Bingkisan agama dihadiahi olehmu, Sebagai perisai untuk mempertahankan Ad-Din, Untuk menepis pelbagai onak duri kehidupan, Mencari cinta-Nya yang ABADI, Dalam melonjak seteguh IMAN di persada dunia.
Siang menanti malam, Malam memuja siang, Pelita nasihatmu kan ku jadikan ingatan bersama, Jauh daripada ranjau maksiat, Lari daripada segala sifat-sifat keji, Dalam menggapai rahmat ILAHI, Sebagai bekalan di akhirat nanti...
Engkau adalah kaunseling buatku, Prinsip "La Tahzan" sebagai peringatan hidupmu, Berjiwa kental untuk merentasi derita, Katamu:,"Hanyalah senyuman mampu menawarkan kesedihan", Dalam meniti kebahagiaan yang hakiki..
TERIMA KASIH ✿ Umi.
Engkaulah syifaul Qalbi, Tanpamu siapalah aku, Mengajarku erti sebenar dalam memijak kaca-kaca kehidupan, Kasih-Sayang,Amal-amal soleh,Didikan, Tidak pernah luntur dan berbelah bahagi, Adakah ribuan wang ringgit dapat menyayingi segala jasamu, segala pengorbanan yang kau curahkan selama ini?? Tidak mungkin..tidak semudah itu.. Hanya kejayaan dan kasih-sayang akan ku kongsikan kepadamu, Agar hatimu berbunga keriangan, Menerima BAHTERA suci, Dalam meraih IMPIAN sakinahmu,iaitu.. Anak-anak soleh dan solehah HARAPANmu, untuk menuju jalan yang satu, iaitu..Jalan yang diredhai-Nya..
Seuntai Madah untuk dihayati, setitis ilmu untuk dikongsi :)
Kebaikan Teristimewa
dingin-damai-tenang-teduh-menaungi
Seperti lirihnya hujan menjatuh.
seperti itu hati aku jatuh.
Aku mahu menjadi seperti hujan itu ;
yang tetap memberi nikmat walau di hujung rintik. ;
yang tetap memberi manfaat walau kemana bumi ia basahi.
meski, sudah telat-lewat pada aliran ujung kristal jernih sedikitnya ;
kapan pun, ia tetap kan bermakna bila sedikitnya itu ;
menghasilkan lekukan yang begitu dalam.
Firman Allah swt ;
" Sesungguhnya, perumpamaan kehidupan duniawi itu , adalah seperti air ( hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya... " (yunus:24)
mungkin, aku patut hadir persis bunga ;
rasa-kesankan jiwa yang begitu syukur atas nikmatNya ;
yang melimpah-ruah.
aku tak layak;
bahkan tak mampu menggegar dunia ;
tapi, manfaatkan lah sebuah aksara ;
tika makin sesatnya dunia ;
maka, bersaksikanlah aku telah menyampaikan.
Engkau bagaikan permata yang bernilai di hatiku, Umpama lestari cahaya yang menyinari hidupku, Leluhur kasih dihulur olehmu, Sebagai tanda besarnya pengorbananmu.. Cintamu sentiasa bersemi kepada anak-anakmu, Membelai,Menyayangi,Mendidikku tak pernah jemu, tanpa mempeduli apa itu penat lelah, Agar anakmu menjadi orang yang bertaqwa.
Mahar jasamu bernilai tinggi, Bingkisan agama dihadiahi olehmu, Sebagai perisai untuk mempertahankan Ad-Din, Untuk menepis pelbagai onak duri kehidupan, Mencari cinta-Nya yang ABADI, Dalam melonjak seteguh IMAN di persada dunia.
Siang menanti malam, Malam memuja siang, Pelita nasihatmu kan ku jadikan ingatan bersama, Jauh daripada ranjau maksiat, Lari daripada segala sifat-sifat keji, Dalam menggapai rahmat ILAHI, Sebagai bekalan di akhirat nanti...
Engkau adalah kaunseling buatku, Prinsip "La Tahzan" sebagai peringatan hidupmu, Berjiwa kental untuk merentasi derita, Katamu:,"Hanyalah senyuman mampu menawarkan kesedihan", Dalam meniti kebahagiaan yang hakiki..
TERIMA KASIH ✿ Umi.
Engkaulah syifaul Qalbi, Tanpamu siapalah aku, Mengajarku erti sebenar dalam memijak kaca-kaca kehidupan, Kasih-Sayang,Amal-amal soleh,Didikan, Tidak pernah luntur dan berbelah bahagi, Adakah ribuan wang ringgit dapat menyayingi segala jasamu, segala pengorbanan yang kau curahkan selama ini?? Tidak mungkin..tidak semudah itu.. Hanya kejayaan dan kasih-sayang akan ku kongsikan kepadamu, Agar hatimu berbunga keriangan, Menerima BAHTERA suci, Dalam meraih IMPIAN sakinahmu,iaitu.. Anak-anak soleh dan solehah HARAPANmu, untuk menuju jalan yang satu, iaitu..Jalan yang diredhai-Nya..
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)
SAHABAT;
AL-HUBB;
Cinta Teragung
“
Bila kita titip tinta dari hati,
Bila kita doa' dari hati,
Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati.
InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati,
Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee
Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.