!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Mimpi yang Indah
Friday, June 28, 2013 • 10:58 PM • 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
" Bagai mahu melukis pelangi, bila mimpi itu menjengah kembali "




Bismillah,







Di suatu lorong,
Umi meninggalkanku bersama adik bongsuku, ulya . Kemudian, dia melangkah berlalu pergi meninggalkan kami sehingga bayang-bayangnya tak kelihatan lagi. Perasaaan aneh menyelubungi. Mengapa umi tinggalkan kami berdua di sini? Tempat yang tak pernah ku lihat dan ketemu sebelum ini. Di situ, hanya ada sebuah kedai kecil yang menjual makanan ringan. Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan sekumpulan kanak-kanak kecil yang berbaju hijau berlari menuju ke arah kami.








" Maaf cik, beri laluan kepada mereka. Mereka mahu beli makanan "
Kata seorang wanita berpurdah.








Aku mengangguk lantas mengatur langkah beberapa tapak ke belakang. Ulya hanya memandang dari jauh. Kanak-kanak itu kelihatan sebaya dengannya. " Mungkin juga dia mahu berkawan dengan mereka". Hatiku meneka. Aku tersenyum. Pelbagai gelagat lucu yang mengusik minda.









:)
subhanallah...
cute nye mereka .










Umi ada menyatakan kepadaku bahawa dia ingin mengambil kami setelah kerjanya selesai. Tapi sehingga saat ini, jejak umi masih tidak kelihatan. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba alirkan ketabahan dalam hati dan bersangka baik. Mudah-mudahan, Allah permudahkan segala urusan umi.








" Adik, jom selawat dengan kakak!! :) "


" ok, jom!! "









Kami bersama-sama berselawat dengan semangatnya.










للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ "







Tanpa aku sedari,
Ada insan yang turut ikut menyatakan rindu pada Rasulullah saw bersama kami . Adik-adik perempuan ku sendiri ( kak cik ) dan ( kak ngah ).
Entah. Aku sendiri tidak menyedari akan kehadiran mereka. Bilakah mereka datang ? Siapakah yang menghantar mereka?
Kami tersenyum.
dan meneruskan saja selawat tanpa banyak persoalan.







Sehinggalah, kali yang ke-5 kami berselawat, kanak-kanak berbaju hijau tadi turut serta bersama selawat ke atas baginda. Termasuk dua orang ustazah mereka.






" Ya Badrotim., ya badrotim "
ustazah-ustazah itu berkata.




[ credit ]




Dari raut wajah mereka, aku boleh lihat betapa rindunya mereka kepada baginda. Ya Tuhan, sedangkan aku sendiri tidaklah seindah mereka. Mereka masih kecil. Wajah mulus, suci dan bersih. Tidak ada dosa. Masih mampu menyatakan rindu pada baginda meski jasad kecil. Tiada penghalang.







Suara-suara kanak-kanak kecil itu bergema menghiasi alam. Kemerduan zikir mereka persis burung yang melenggokkan nyanyiannya.
Hatiku berombak merdu. Terharu . Sehingga lah akhirnya air mataku  menitis ke tanah jua. Langit kelihatan cerah sehinggalah aku menadah.









Allahu Allah
:')

Masih ada insan yang tulus mencintai baginda

Mungkinkah kanak-kanak itu yang bakal menghuni syurga-Nya kelak.
Biarpun tidak mengenali mereka, tapi bersyukur.
* Seyesly, syukur sangat-sangat *

Tuhan mempertemukan aku mereka melalui mimpi.
Biarpun bukan realiti
hanya sekadar fantasi.


Wallahu a'lam.












Pingin mimpi itu sekali lagi,
;)
Wardatul Jannah,
at 01;50




Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Kesakitan terhapus.
Wanita Penggenggam Hujan
Kerana kita cuma Hamba
Luruhnya karat Jahiliyyah.
Pilih.
gugur.
Peneman.
" Jauh "
Pelita
Rindu padamu.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved