Kerana kita cuma Hamba
Friday, May 10, 2013 • 9:56 AM • 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah. "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77) Dalam sekelip mata, Tanpa sedar. Tuhan mahu menguji. Kerna nilai kebahagiaan itu bukan milik kita selamanya.
Allahu Allah.
:') moga2 apa ujian yang engkau hantarkan. menjadikan aku sebenar-benar. HambaMu yang bertaqwa. Allahumma Ameen ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sukar untuk dilupakan. Tatkala detik itu menghampiri. Buat aku kaget. Bertubi-tubi ujian sabung-menyabung dalam satu masa. Bagai kilat. Bahkan, hatiku persis dibanjiri bah. Apatah lagi air mata. Terlebih dahulu menyusuri laju bagai sungai Nil. Tuhan sebenar-benarnya mahu menguji. Keikhlasanku. Ketaatanku. Amanah yang terpahat. Kepada siapa mahu kita adukan letih dan lelahnya hati. Pingin lepaskan resah , sedih yang terkurung dalam diri. Aku Lemas dalam bayanganku sendiri. Siapa aku untuk menyalahkan Takdir yang ditetapkan? Takdirku telah kulalui . harus aku terima apa yg ditakdirkan. Diri ini hanya hamba yang lemah. Sedih, terkenang selalu dengan apa yang diinginkan tidak menjadi kenyataan. Aku masih kurang. Aku tetap dhaif. Bahkan terasa lemah longlai. * sigh * Bahkan, akulah hamba yang lebih hina dari pepasir yang memutih di pukul ombak pantai. Memang layak aku dipijak. Ditinggalkan bersendirian. Dipulaukan. Dicerca dan dicaci maki sesuka hati. Kerna aku cuma seorang Hamba.
Ya, walau hidup aku terasa berasingan. Aku masih punya Tuhan. Yang sentiasa mendengar luahan jiwaku. Rintih hati kecilku. Tangisanku di sepertiga malam. Meski, kita berbisik. DIA masih mendengar dengan jelas, bukan? :') * pujuk rayu hati kecil *
Jangan berasa terasing,
ganjil. dan aneh dengan gelaran ini. Kerana kita cuma Hamba, kita bisa berdiri. kerana kita cuma Hamba, ajari kita tuk terbang tinggi. kerana kita cuma Hamba, Tanami sifat merendah diri. kerana kita cuma Hamba, Hanya Allah, Tuhan yang diyakini.
HambaNya,
Wardatul Jannah,
at 12;55.
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Luruhnya karat Jahiliyyah.
Pilih.
gugur.
Peneman.
" Jauh "
Pelita
Rindu padamu.
Hitam putih
[ Sedia berlari ]
Luka Pedih.
BANNER; |