" Dari-Nya aku datang, Dan kepada-Nya jua akan aku dikembalikan "
Bismillah.
Kisah aku. suka main sembunyi-sembunyi. suka melakar pada warkah bisu. mungkin acapkali. angan-angan capai mimpi yang tinggi persis Langit. Megah menaungi tapi meneduhkan. Aku hanya ingin terus berlari tinggalkan cerita sepi busuk . basi . jauh dari sisi. Aku bukan insan sempurna. hanya berpeluk pada dosa. yang tidak berpehujungnya.
Bila tiba saatnya nanti Aku bakal pergi. Tempat itu Jauh dan jauh. Moga ketemu kita di sana ya! Moga sesiapa yang membaca tulisanku, kelak mendoa'kan kesalamatanku dari azab api neraka.
| Jazakumullahu khayran katsira.| Sentiasa mendoa'kan sahabat dalam doa'ku di kejauhan.
:) ada lagi? Hanya bercanda.
menyambung " Taaruf "nya terus di sini ya !
Hanya sesama Muslimah permata agama.
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah
harapan… Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di
dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keaijaban tidak akan berlaku..
Tanggal 29 Oktober 2011,.peristiwa ini pastinya akan tersimpan di ingatan dan akan terus abadi di dalam diri,.yang pastinya,.semestinya ada diantara kalian tertanya2 apakah maksud tarikh tersebut,.secara mahu ataupun tidak,.saya ingin menceritakan dan mencuri seberapa detik waktu yang sebolehnya,dengan jari -jemari yang menari di atas keyboard,.Sekadar menulis menurut bicara isi hati yang terpendam,. Tatkala insan yang lain sedang enak berehat daripada kepenatan daripada seminggu bekerja,ibu saya telah menerima panggilan dari kampung bahwa datuknya telah mengalami sakit tenat di kampung,,.Tanpa membuang masa,saya sekeluarga terus bertolak ke kampung di Pasir Mas,kelantan,.Setibanya kami di sana,ramai sanak saudara telah tiba terlebih awal daripada kami,.Melihat datuk yang sedang terbaring kesakitan,.kami terus melangkah ke arah datuk,.bersalaman dengan datuk dan mengucup pipi beliau dengan penuh kasih sayang dan rindu yang telah lama tertaruh.,.Datuk hanya terdiam dan sesekali melihat matanya tersenyum menyambut kepulangan anak dan cucu mereka,.seolah-olah embun jernih mulai timbul di matanya,.Masing-masing berkumpul mengililingi datuk yang sakit tenat,.Beliau.mengalami derita yang mungkin akan saya rasai tidak lama lagi,.saya tidak dapat membantu dan tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.,saya melihat dan.hanya mampu untuk menghadiahkan kepada beliau surah yassin dan mendoakan kesejahteraan beliau,.~Syafakallahu ya jaddi,.~
Melihat kapada datuk yang jarang sekali untuk membuka mata,.kami mencuba sedaya upaya untuk menjaga datuk sebaik mungkin,."Aaaaduh,.aaduh,.aaaduh,.sakit,.sakit,.sakit" kadang-kadang terdengar jeritan beliau oleh kerana luka pada kaki yang dihadapi,.walaupun begitu,tatkala menahan kesakitan yang dialami,.sesekali telinga yang dianugerahi oleh Allah kepada diri ini terdengar kalimah indah "Allah,....Muhammad,." menitir di bibir datuk walaupun tidak sebegitu jelas didengari,.Berulang kali,.kemudian,.meneruskan tidurnya sambil menitiskan air mata,.Subhanallah,.diri ini kagum melihat datuk yang mengingati tuhan-Nya,.mengapakah hati ini tidak bersyukur dan tidak mampu mengungkapkan kalimah indah sebagaimana datuk walaupun jasad ini sihat,.dan mungkin sempurna,.hati mula tersentuh,.mengingati dosa-dosa yang lampau,.yang belum mungkin dapat kupikul,.dan berfikir bagaimanakah 'aku' pada masa tuanya jika diberi peluang oleh Allah menjalankan amanah di dunia ini,. merasai bahang kesakitan yang mungkin aku hadapi cuma sebentar sahaja lagi,.betapa lemahnya diri ini,."Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan berikanlah petunjuk kepadaku"
*************
Sewaktu petangnya,.saya berehat bersama dengan sanak saudara yang lain,..Ada yang makan,minum ,berbual dan sebagainya,. tetapi tidak buat Umi,Ayah,ibu dan bapa saudaraku yang lain,.mereka menjaga datuk yang memerlukan bantuan,.manakala saya dan adik yang ke-4(nani) sedang khusyuk berbual di beranda rumah,.
"kakak,esok hari jadi nani,.akak bagi hadiah yer esok,.!!"pintanya dengan mengukir senyuman dan kegembiraan yang jelas terpancar di wajahnya.,Mungkin,tidak sabar mahu menanti hari lahirnya yang bakal disambut keesokannya."insyaAllah,.nanti kakak bagi yang cantik-cantik,.OK" kataku dengan nada riang,Idea silih berganti timbul di benak fikiran,.apakah hadiah yang sesuai untuknya ^__^ Bagi menenangkan fikiran yang bercelaru,anak mata bergerak mengalihkan pandangan ke arah tempat bermain dahulu kala,.sedikit sebanyak mengingatkan banyak memori yang tersimpan,.teringat pula kata-kata datuk yang sentiasa terpahat di ingatan,.Semasa saya pulang ke kampung,.perkataan itulah yang sentiasa terukir di bibir datuk,.Sayangnya datuk kepada cicitnya,.masih ingat walaupun telah mencecah usia 96 tahun,."Wardah,.Oooo Wardah,."kedengaran jelas suara datuk di dapur,.semasa itu saya sedang bermain bersama sepupu yang lain.lebih kurang berusia 3 tahun.."OOooo."jawab saya,.kemudian panggilan itu diulang sekali lagi,.kemungkinan memanggil saya,.saya mengagak tetapi tidak menoleh ke arah datuk kerana tumpukan kepada permainan ,.sekadar menjawabnya dengan jawapan yang ringkas,."OOoooo..".terdengar beberapa suara insan yang ketawa berdekah-dekah di dalam rumah datuk,.apa yang diketawakan pun saya tidak tahu,.Masih kecil dan belum mengerti apa-apa,.kalimah itulah yang dianggap lucu oleh datuk,.saya tidak seperti sepupu yang lain,.Jika sepupu yang lain dipanggil oleh datuk,.mereka akan bersuara"ya,.atuk" <---inilah jawapannya,.tetapi lain pula bagi saya,.
**************
keesokan harinya,.lebih kurang pukul 8.00 pagi,.kami meneruskan bacaan surah yassin,.orang mula ramai hadir menziarahi datuk yang sedang sakit,.kami ( kaum hawa )pula sibuk menguruskan kerja dan menyediakan makanan di dapur bagi melayan tetamu yang hadir,.Sesetengah yang lain,.ada menguruskan datuk,.dan ada juga yang membaca surah yassin secara bergilir-gilir..kami mula hairan dan kalut apabila mendapati datuk yang asyik melelapkan mata,.ibu saudara memberi minuman menggunakan kapas,,.lalu diletakkannya di dalam mulutnya,.dihisapnya juga minuman itu secara perlahan-lahan,.tetapi masih tidak membuka mata,.Tidak beberapa minit kemudian.,anak-anak murid beliau,.hadir menemui datuk yang sedang sakit,.dibisik kepadanya kalimah Allah berulang kali di telinganya,.Alhamdulillah,saya bersyukur kerana datuk masih dapat membuka matanya perlahan-lahan,.Mesti kalian tertanya-tanya ,.siapakah datuk? Datuk merupakan seorang guru ilmu maarifah,..sejak kecil sehinggalah dewasa menghambakan dirinya di dalam ilmu ketuhanan terutama tasawwuf dan hakikat ,.Beliau antara pendokong fahaman TOK SELEHONG dan mempunyai ribuan pengikut dan muridnya..
"Umi,.esok kakak ada exam,.kalau boleh,.umi balik awal sikit ya!!"entah mengapa pada hari tersebut terdetik di hati saya menyuruh ibu pulang ke rumah dengan cepat alasannya terdapat imtihan pada keesokannya,."kakak nak balik awal ?cuba kakak pergi tengok muka datuk tu macammana.."rayu umi apabila mendengarkan anaknya yang mementingkan peperiksaan berbanding datuk yang sakit,.sejurus dengan itu,.saya terus melangkah ke arah datuk dan duduk disisinya,.melihat mukanya yang pucat dan lesu menggerakkan hati untuk terus berada di kampung,.sayu hati apabila memandang wajahnya,.hati ini berasa KASIHAN,.menahan sebak..
Saya diarahkan oleh ibu saudara untuk menjaga beberapa orang sepupu yang masih kecil di rumah datuk,.mendukung ,memujuk apabila mereka menangis dan memberi apa yang mereka mahu,.itu sudah perkara biasa,.macam-macam gelagat mereka ini,.ada-ada saja,.ketika menjaga mereka,.seorang daripada sepupu kecil saya telah muntah di atas tikar,Tanpa sepatah bicara,.saya mengambil kain di dapur dan terus mengelap tikar ,,diikuti mengesat baju sepupu kecil yang comel ni ( Irfan),.Lalu,.ke dapur kembali untuk membasuh kain tadi,.seketika itu,datang pula abang sepupu saya di dapur dengan muka yang resah,."Atuk dah takde",.beritahunya dengan penuh resah."Eh,.btul ke ni?,.tipu erk,.tak baik tipu-tipu tau"jawab saya sambil tergelak kecil,.kerana saya mengenali bahawa sepupu saya tu suka membuat lawak,.kelangkar orangnya,."Betullah!! atuk dah takde,tak caye pergilah tengok"kemudian,.saya bingkas bangun dan melihat dengan mata kepala sendiri,.Alangkah pilunya hati ini,.apabila tidak sempat melihat detik akhir arwah datuk pergi..Dia telah menutup mata dan menuju ke jalan-Nya dengan tenang,.dia sempat menuturkan kalimah syahadah,.Alhamdulillah,.ku panjatkan syukur kepada tuhan sekalian alam kerana mempermudahkan urusan datuk,. kolam air mata mulai bocor dan membasahi pipi,menahan sebak yang hadir dalam jiwa,.sanak saudara yang asyik melakukan kerja bergegas sambil berlari-lari anak ke arah datuk ,..manakala sesetengah yang membaca surah yassin terhenti seketika,.semuanya berkumpul mengililingi arwah datuk,.menitiskan air mata,.mengesat air mata yang bergenangan,.suara teresak-esak juga didengari,.tepat-tepat pukul 10.00 pagi,.datuk telah pergi bertemu menghadap ILAHI,.sewaktu itulah,.hujan renyai mulai membasahi bumi yang kering-kontang,.Semoga hujan yang diturunkan merupakan hujan yang bermanfaat dan pembawa rahmat..ketika azan Asar telah dilaungkan oleh anak muridnya,.jenazahnya telah diusung menuju ke kubur untuk ditanam,.Hati meronta-ronta tidak mahu melepaskan orang yang tersayang pergi,.tapi,apakan daya..saya mencuba pujuk diri dengan mengatakan"Mungkin Allah lebih sayangkan dia,.Moga-moga arwah datuk bersam orang-orang yang beriman"...Ratusan insan yang hadir pada majlis kepergian arwah datuk,.saya begitu terkejut kerana tidak menyangka sebegitu ramainya anak murid datuk yang kami tidak kenali hadir pada hari tersebut,.sehinggakan kami hendak melayan pun tidak sempat,.Tidak disangka-sangka bahwa hari kelahiran adik bertukar menjadi hari kembalinya datuk ke rahmatullah,.Tarikh ini mungkin sukar saya lupakan,.Itulah yang dimaksudkan dengan tajuk"Yang suka menjadi duka" ,.Sebelum meninggalkan dunia ini...datuk pernah memberitahu sambil mengalirkan air mata"Atuk dah tak lama kat dunia ini..cuma menunggu masa dipanggil-Nya sahaja,.Atuk nak lihat bagaimana alam akhirat "mengimbau kembali dengan kata-katanya,. membuatkan hati,berdetik.untuk terus istiqamah mengingati-Nya,dalam apa jua keadaan..tidak tahulah berhasil mahupun tidak.Semoga Allah membuka hati ini,.tetapi yang pastinya Semua kenangan 'aku' dan 'datuk' akan ku pateri buat selama-lamanya,.
P/s: Al fatihah buat datuk (Hj.Abdullah),.
semoga roh datuk sentiasa dalam naungan rahmat Allah,.~Allahumma Ameen~
" memohon maaf dengan entry yg panjang lebar."
Assalamualaikum..Telah lama agaknya tak update blog ni..Mungkin lebih kurang sebulan sudah berlalu..bagaikan tiada merasa apa pun terjadi walaupun hari demi hari telah ditempuhi..Hati ini memang terpaut untuk mengukir sesuatu perkongsian yang bermanfaat..Namun,apakan daya..Disebabkan kesibukan yang berpanjanganlah,diri ini hanya mampu menggantikan ia sebagai alasan tidak berblogging. Bahagiakah kita di dunia ini?Semua manusia diuji oleh Allah ,tidak adapun yang terkecuali..Berbagai-bagi bentuk ujian yang Allah berikan kepada kita..Kadang-kadang merasa diri ini rebah dan tidak bermaya..Ingatlah!bahwa setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.Ya,ujian itu adalah tarbiyyah dari-Nya..Allah memberi ujian itu mengikut kemampuan kita..Bukanlah suatu perkara yang sia-sia duhai sahabatku..Tatkla kita letih dan hilang semangat..Allah mengetahui bahwa hamba-Nya itu telah mencuba sedaya upaya untuk bersabar..Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka..Allah telah mengira titis air matamu,.Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah sentiasa bersamamu dalam apa jua keadaan sekalipun..Bila engkau kebuntuan akal,.maka Allah adalah penunjuk jalan yang lurus..Apabila engkau telah berazam,.maka bertawakkallah kepada-Nya..Ayuh kita menyamai sifat cinta kepada-Nya..Semakin dekat kita dengan-Nya,.Semakin hampirlah Allah dengan kita..Sentiasalah kita memperbaharui IMAN..Sebegitu indahnya dan manisnya hidup jika bertemankan TAQWA..
Soalan:dimanakah kebahagiaan itu terletak?
Jawapan:di sisi Allah..
Firman Allah SWT,maksudnya:"Di tempat yang sungguh bahagia ,di sisi tuhan yang Maha menguasai segala-galanya,lagi berkuasa melakukan sekehendak-Nya"(Surah Al-Qamar 54:55)
Bagi mencapai kebahagiaan disisi Allah itu bukanlah sesuatu yang mudah.Usahlah terlalu leka dengan nikmat dunia..Nescaya,kebahagiaan tidak dapat kita temui jua..Walaupun senang dengan mengumpul harta dan membeli berekar-ekar tanah di dunia..Tetapi,bagaimanakah dengan harta akhirat kelak? Sudah mencukupikah untuk berbekal di sana?Janganlah terlalu leka dengan keindahan flora dan fauna lautan,terleka dek indahnya batu karang dan permata lautan,sehingga kita terlupa bahwa kita perlu kembali pada permukaan laut.Jangan asyik mengejar ikan dan hidupan laut,hingga terpisah daripada kapal..Bersiap siagalah menghadapi dasar laut yang amat ganas..mari menuju akhirat berbekalkan amal soleh,jika kita ingin kekal selamat..
Soalan:Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kebahagiaan?
Jawapan:dengan mengutamakan akhirat..
Sebagai hamba Allah ,kita perlu yakin bahwa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT terlebih dahulu..Namun pada masa yang sama,kita perlu berusaha ,meminta dan memohon daripada Allah segala yang terbaik buat diri sendiri.Itulah kehebatan.Tegasnya,orang yang hebat adalah orang yang menyerah sepenuh hatinya dan mindanya kepada Allah SWT berserta TAQWA dan SABAR tanpa sebarang keraguan..
Firman Allah SWT,maksudnya:"Oleh itu bersabarlah,sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat)adalah bagi orang-orang yang bertakwa.(Surah Al-Hud :49)
Inilah bahagia..
Selamilah dasar hati,percayalah bahwa sesungguhnya bahgia itu terletak pada hati yang punya sifat Redha dan Tawakkal yang tinggi pada Allah SWT..Mari kita menjadi yang terbaik diantara yang terbaik..
Dari Abu hurairah r.a berkata,sabda Rasulullah SAW:"Bukanlah yang dinamakn kaya kerana banyak hartanya,tetapi yang dinamakan kaya itu sebenarnya ialah kekayaan hati."(Riwayat Bukhari & Muslim)
Seuntai Madah untuk dihayati, setitis ilmu untuk dikongsi :)
Kebaikan Teristimewa
dingin-damai-tenang-teduh-menaungi
Seperti lirihnya hujan menjatuh.
seperti itu hati aku jatuh.
Aku mahu menjadi seperti hujan itu ;
yang tetap memberi nikmat walau di hujung rintik. ;
yang tetap memberi manfaat walau kemana bumi ia basahi.
meski, sudah telat-lewat pada aliran ujung kristal jernih sedikitnya ;
kapan pun, ia tetap kan bermakna bila sedikitnya itu ;
menghasilkan lekukan yang begitu dalam.
Firman Allah swt ;
" Sesungguhnya, perumpamaan kehidupan duniawi itu , adalah seperti air ( hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya... " (yunus:24)
mungkin, aku patut hadir persis bunga ;
rasa-kesankan jiwa yang begitu syukur atas nikmatNya ;
yang melimpah-ruah.
aku tak layak;
bahkan tak mampu menggegar dunia ;
tapi, manfaatkan lah sebuah aksara ;
tika makin sesatnya dunia ;
maka, bersaksikanlah aku telah menyampaikan.

✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)
SAHABAT;
AL-HUBB;
Cinta Teragung
“
Bila kita titip tinta dari hati,
Bila kita doa' dari hati,
Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati.
InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati,
Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee
Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.