Permata Solehah buat ayahanda.
Saturday, March 22, 2014 • 6:53 PM • 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah. Pohon bergoyang ditiup angin semilir. Kedengaran kicauan burung mengimarahkan suasana hening petang. Awan germawan kelihatan berarak pada langit zuardi . Desiran angin terasa bagaikan membuai-buai ke alam mimpi. Sekaligus, menyedarkan diri keindahan ciptaan Ilahi. Tidak pernah berhenti mengalunkan zikir pada-Nya. Terasa malu. Malu . sebagai seorang hamba. hina. kerdil. yang tidak punya apa-apa. Masih lalai. lupa. dalam mengingati-Nya. Allahu. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. - dariNya kita datang, dan kepadaNya jua lah kita dikembalikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dari jauh, dia memerhati halaman sekelilingnya.
Kelihatan, rumahnya dihadiri oleh sanak saudara mahupun kenalan ayahandanya. Meskipun begitu, tak dia hiraukan saat itu. Melainkan pada ekor matanya, dia tercari-cari sosok yang disayangi. Akhirnya, pemerhatiannya terhenti . tepat terhenti pada sekujur badan . yang berselimut putih . Dia berlari mendapatkan ayahandanya. Lama ditatapnya. direnung tepat pada wajahnya. Lalu, dikucup pipinya dan dahinya perlahan-lahan. Tak dapat dia menyekang perasaan yang sudah lama dipendam. ditahan. Akhirnya, kolam air matanya pecah. Bercucuran. di pipi. Dia jauhkan diri saat itu. Sehingga suatu saat. Dia ingat kembali. Semuanya adalah milik Ilahi. Dan bakal kembali jua kepada Ilahi. Tiada apa yang menjadi milik nya. Termasuk dirinya. Betapa dia berasa untung memiliki ayahanda sepertinya. dia mengumpul kekuatannya segagahnya untuk bertemu ayahandanya buat kali terakhirnya. Lalu, dibisikkan ke telinga ayahandanya kalimah Indah. Kalimah Tuhannya. Masih ingat lagi. Saat hidayah mulai mengetuk hati kecilnya. Dia bertekad untuk menjadi wanita mulia. Bergenang air mata melihat kesungguhannya. Dia beramal dengan apa yang dipelajarinya. Dan manfaatkannya pada insan lain dengan sebaiknya. Dirinya persis mawar agama. Berseri mewarnai alam semesta. Keindahannya hanya tersisip pada yang teristimewa. Selamanya.
Allahu. Terasa dengan pemergian ayahandanya. beruntung sekali, ayahandanya memilikinya. Wanita surga, bidadari dunia. Setiap mata yang memandang sebak menahan hibakasihnya seorang anak terhadap ayahnya. -AL-FATIHAH buat bapa sepupu Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Allahumma ameen
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Suratan hidupnya. bukan di tangannya.Tapi, semua perancangan Yang Maha Esa. Terselit seribu hikmah.
Di saat, dia mahu melangkah ke alam remajanya. dia diuji dengan pemergian ayahandanya. Sedangkan, esok mungkin hari baik untuknya. Terasa pingin ditemani oleh ayahanda . bonda. meraikan kejayaan yang diusahakannya. Tapi, Tuhan lebih sayangkan ayahandanya. Lalu, dia redha akan dirinya. Dia dikenali dengan kemerduan suaranya mengalunkan kalam Tuhan. Dengan tartil dan tajwidnya. teratur. Dia masih ingat lagi. Tiap bait kalimah Indah itu lah diajarkan oleh ayahandanya kepadanya saat mula-mula mengenal dunia. Ayahandanya seorang guru agama. Yang pemurah hatinya. Yang ramah dengan senyumnya. Namun, yang membuatku bangga. Ayahandanya tak pernah mengabaikan puterinya belajar agama. Dengan tilawahnya. Subhanallah... Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari ) Lalu, pada saat akhir, ayahnya pingin bertemu dengan Ilahi.... dia sentiasa di sisi ayahandanya. dihadiahkannya sesuatu yang amat berharga. Dibacanya kalam suci Tuhan. Berkali-kali. Tak pernah henti. Tanpa disedari, manik jernihnya laju membasahi pipi. -AL FATIHAH buat ayahanda teman tercinta. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Allahumma ameen ------------------------------------------------------------------------------------------------- Nota hati khas buatmu, ayahku. Ayah, Di saat air mata bergelinangan. Tak mampu terbalas semuanya semua yang kau lakukan untuk hidup kami. Semua yang kau berikan kepada kami. Tanpamu ayah, hidupku tak berarti. Semangatmu, memberanikan aku untuk melangkah meyakinkan aku dengan gagah Ayah, akan ku genggam erat-erat cita-cita kelak yang tidak hanya untukku Ayah, akan ku bawa mimpi tinggi ini bersamaku yang pasti ku capai yang tidak hanya untukku Dengan keteguhanmu, ayah. Aku bersumpah. " aku menyayangimu, sepenuh hatiku " :') -Ya Allah, izinkan aku menjadi anak yang solehah buat ibu bapaku. Qurratul a'yun penyeri firdausimu. Puterimu, :) Wardatul Auliyaa at 12;32 ![]() |
![]() SAHABAT; AL-HUBB;
![]() Cinta TeragungPerjuanganSeindah Mawar Berduri♥TAUTAN UKHWAH;
![]() KENANGAN SEMALAM; Hujan dalam hati.
gentar.
sejambak rindu.
realiti.
cukup.
pendosa tanpa noktah.
[ lepaskan ia pergi ]
Secangkir bicara
[ Ini Pasti Berakhir ]
[ 03:47 ]
BANNER; |