Tanpa awan, langit kesepian.
Tuesday, September 15, 2015 • 7:02 AM • 2 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah. Sentiasa. Aku sentiasa merasakan kehidupan yang Tuhan aturkan aku, di tiap bahagiannya adalah sentiasa yang terindah. Dalam sepi, aku menadah. Ternyata Tuhan mengabulkan segalanya, namun penantian yang mungkin rasa sukar di celah-celahnya tatkala merasa getirnya hidupnya. Namun, tersingkap hikmah, di sebaliknya. Sentiasa. Tuhan sentiasa merencanakan suatu yang baik-baik buat hamba-Nya. Sentiasa. Tuhan merencanakannya tepat pada waktu yang tepat. Sukar digambarkan kisah silam yang menghantui. Aku terpaksa meninggalkan wajah-wajah srikandi yang aku sayangi, yang disanjungi, dengan harapan. Aku tinggalkan mereka kerana Allah. Yang bersama mereka, tersebarlah kegemilangan dan terpasaknya perjuangan. -------------------------------------------------------------------------------------------------- Namun, hari berganti hari. Siang bersilih malam. Harus aku lewati hidup ini. Aku butuh untuk meneruskan kehidupan ini. Aku butuh untuk memilih jalanku sendiri, Maafkan aku, waktu-waktu laluku. Tak mampu aku menipu waktu akhirku. Aku begitu merindukan saat-saat pentarbiyyahan masa lalu. Masa lalu yang memuncak. Lewat di usia pertengahan perjuangan yang berada di ujung-ujung. - - - Merudum. Sementelah sepeninggalan nya aku di bumi rendah sekebun bunga untuk ke kota Seribu Menara. Dengan harapan yang meninggi, pada generasi seterusnya untuk memikulnya. Tiada langsung niat untuk meninggalkan. Apatah lagi, untuk menghancurkan harapan. Bukankah, ketenangan itu hadirnya dari Tuhan? Dalam sujudku. penuh sendu. Hanya DIA aku mohon. Dibukakan jalan untuk ku temu keredhaan. Ternyata apa yang aku nantikan, telah tiba. aku harus pergi. Izinkan jiwa hina yang ketandusan ilmu ini mengutip butir-butir, mutiara yang berhaga di sini. Aku bakal pulang. Bakal pulang membawa isi-isi yang memenuhi ruang yang ada. Untuk jiwa-jiwa yang sentiasa diberi karunia,istimewa dari yang Esa. Pulanglah ke pangkuan TuhanMu. Sentiasa punya peluang, pada kita bertemu Tuhan.
:')
Wardatul auliyaa, Kaherah, 15092015
|
SAHABAT; AL-HUBB;
Cinta TeragungBila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee Perjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥TAUTAN UKHWAH;
KENANGAN SEMALAM; Tanpa awan, langit kesepian.
sirna.
Menyemai Cinta.
Bintik
:')
Murabbi dan Inspirasi
:)
harapan yang takkan pernah pudar.
Permata Solehah buat ayahanda.
Hujan dalam hati.
BANNER; |