
|
Merindui saat itu~
Saturday, June 30, 2012 • 9:05 AM • 2 comments بسم الله الرحمن الرحيم ![]()
Rindu ini,
Patah tumbuhnya tidak berganti,
Berputik merawat hiba,
kenangan manis yang tercipta,
yang tak lekang dari ingatan,
tulus hadir dari hati, melakar sejarah kehidupanku. Waktu itu,
aku masih ingat,
berdirinya aku di situ,
girang bersama teman-teman,
membina Imaginasi yang hadir di minda,
Pondok-pondok,ting-ting,melukis... gelak tawa yang muncul saat itu memecahkan kesunyian, aku tersenyum sendirian,
gembiranya hati tidak terkata,
seolah-olah ingin kembali menikmati
alam riang si kecil,
alangkah indahnya..
:D
Kini,
Aku telah remaja,
Berlalunya masa begitu pantas,
Tak terasa olehku,
Seiring Pertambahan usia,
Rintangan demi rintangan telah ku lewati,
kerana aku yakin,
"Di sebalik kepayahan,.Disitulah ada kekuatan"
pasti ada sinar kebahagiaan yang menerangi,
Di sebalik kegelapan awan,
kerana Tarbiyyah itu mengajar aku
erti kedewasaan,
untuk cekal mengaharungi
ombak badai yang melanda,
bukan menyeksaku..
Yang merindui saat itu,
Wardatul Jannah,
at 12.15 am
P/s : mood--> rindukan alam kanak2,.Ingin sgt2 merasakan peristiwa itu terjadi kmbali,.tapi tidak mengapa,.masih ada insan yang hadir menyinari,.iaitu, adik2 yg sudi mengubat lara di jiwa,.merekalah yg sentiasa mmbuatkan diri ini tersenyum melihat gelagat mereka yg berbagai2,.Terima kasih adik2ku syg =) ![]() ![]() Maafkanlah walaupun terluka
Thursday, June 14, 2012 • 6:08 AM • 8 comments بسم الله الرحمن الرحيم Suram,. Sesuram gerimis di hati,.Saat menempuhi onak duri dunia,..Derita sekali sekala menjengah di jiwa,Hati remuk menangis tidak henti,..Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati,.Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi,..Dalam terharu,Air mata tertumpah juga,.Begitulah kehidupan dunia,.Ada pahit dan manis, Ada suka dan tawa,.Ada tangis dan tawa,.Hidup ini tidak selalunya Indah,.Langit tidak selalunya cerah,.Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tidak selalunya indah,.Dan belajarlah memaafkan,jika ada seseorang yang menghinamu,.Bersabarlah duhai jiwa,.kerana dia tidak tahu cara 'memuji' ..Maafkanlah dia kerana DENDAM itu yang paling baik untuknya,.
Dalam suka,
Terbitnya Duka, Dalam Bahagia, Tersembunyi Derita, yang benar menggugat jiwa, yang benar menggoyahkan Iman,
Parah hati bila mendengarkan cercaanya,
Hati disakiti, Perasaan dilukai, Jiwa digurisi.. ya ALLAH,. ( T_T ) Ajarkan aku maafkan mereka,.Seperti Rasululullah yang memaafkan Umatnya,.Apatah pula diri kita ini,.Cuma sekadar Insan Biasa,.HambaNya yang Dhaif dan serba kekurangan..
Dalam pelayaran hidup ini,
renung sukarku di penjara dosaku,
betapa pilunya hati,
untuk ku lafazkan kemaafan,
untuk ku lafazkan keampunan,
mengubati hati yang lara,
aku ingin,
Biarkan hati ini terbang,
bebas di angkasa,
Biarkan ketenangan mulai hadir
meresapi dalam jiwa,
Biarkan maghfirahNya ku temui..
Oh! betapa Indahnya,
Kemaafan itu,
Seandainya sebati dalam diri,
Umpama membina Syurga dalam jiwa,
Ingatlah janji Allah kepada hambanya,
kebahagian mulai kau temui,
Lupakan sejarah silam,
Mulakan dengan lembaran baharu,
Pohonlah kepada Ilahi,
untuk membuka hati mereka,
Dialah yang mampu menyatukan,
kembali mendamba KeredhaanNya..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
p/s:Maafkanlah,
Seandainya dirimu disakiti,
Seandainya dirimu dizalimi,
Seandainya dirimu dicerca,
Seandainya dirimu dihina,
kemaafan itu akan memberikan ketenangan dalaman yg sgt hebat......walaupun trkadang ianya sangat menyakitkan...kesudahan nya itulah kebahagian...hatimu akan tenang bebas terbang......
![]() ![]() 07/06 - Debaran yang menanti
Wednesday, June 6, 2012 • 11:31 AM • 0 comments بسم الله الرحمن الرحيم ![]() Dup dap! Dup dap! Dup dap! Jantungku berdegup kencang,.Diikuti oleh aliran nadiku yang turut berdenyut merdu,.Semua angan-anganku hilang serta merta di bayangan mata,.Aku menjadi terkesima,.Sejak 2-3 hari ini,aku sentiasa memikirkan perkara ini,.Sentiasa berlegar-legar di kotak fikiranku,.Tanpa aku sedar,air mata tutut menemaniku tatkala mengucapkan zikir di kidung doa'ku,.kepada Pemilik Cintaku,. Ya ALLAH.. Terima kasih untuk getaran perasaan yang begitu menggugah jiwa ini,.Terima kasih untuk anugerah nyawa yang amat bernilai ini,.kerana diriku masih diberi peluang untuk bernafas dalam jiwa hamba..Sungggguh,.Baru aku sedar begitu JAUH 'jarakku' denganMu,.Baru aku sedar INDAH makna sehari itu,.Baru aku sedar Engkau begitu menyayangiku,.Ya Rahim Ya ALLAH... Jadikan aku hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-MU,mengingati-Mu,yang sentiasa berbaik sangka pada-MU,yang sentiasa menyebut nama-Mu,yang sentiasa sujud menyerahkan diri pada-Mu,yang sentiasa mendamba kasih sayang-Mu,yang sentiasa menagih cinta-MU,yang sentiasa merindui rahmat dan maghfirah-MU...... Hatiku bersuara ; "Bagaimana jika hari itu aku ditakdirkan pergi menemui Ilahi? Malaikat Izrail menjankan tugas yang diberi,memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku MATI,." ....................... Tiba-tiba aku berasa TAKUT jika hidupku ini hanya dipenuhi dengan SIA-SIA,.aku takut jika MATI nanti dalam PENYESALAN,kerana akal dan fikiranku asyik mengatakan bahwa mati itu lama lagi dan kita hanya memikirkan diri kita yang masih muda dan sihat,.Walhal,Allah ingin MENGAMBIL,bila-bila masa sahaja dari sekarang,... "kullu nafsin dzaikatul maut" "Innalillahi wa Innailahi rajiu'n" Salam Takziah buatmu "Wardatul Jannah"!! --------------------------------------------------------------------------------------------------------- credit picture ;rose_vs__lips_by_nasahkalam pada 07/06... Dari hujung desa, Terletaknya sebuah pondok usang, kukuh binaannya, Tersusun indah dengan panorama, Yang menenangkan jiwa, Di kala azan subuh dilaungkan, Seorang puteri telah dilahirkan ke dunia, Raut wajahnya yang suci, Menangis kelaparan, Mendapatkan susu Ibunya yang penyayang.. :) "Sanah Helwa ya ukhti!!" "Selamat Hari lahir,Sahabatku!" "Eid Milad Sai'd ya sodikoti" "Happy Birthday!" p/s; Terima kasih sahabatku,.Syukran jazilan ya sodikoti,.Thank you friend..Moga2 Allah membalas segala kebaikan kepada kalian dengan rahmatNya yang melangit luas..Jazakillahu khairan kasira..
Semalam adalah kenangan,
Mengharungi badai ujian yang berwarna warni,
Biar hari ini,
Aku mahu tabah untuk menghadapi epilog kehidupan,
Ku terbitkan lafaz syukur,
kerana dilahirkan ke dunia sebagai Muslimah,
Yang diibaratkan sebutir permata,
Apabila digilap,
Ia memancarkan sinarnya yang penuh bercahaya,
Diciptakan olehNya dengan seribu keunikan,
Biarlah Ia sesejuk mata air di gunung,
Biarlah dirinya ibarat mawar mekar,
mawar yang menyeri di Syurga,
Menguntum di jalan Dakwah,
Biarkanlah Mawar itu,
Terpaksa melukai tangan-tangan,
Untuk merasai harumnya Kasih Allah..
Luahan hati, Wardatul Jannah, 07/06/2012, at 2:32 AM ![]() ![]() Bukan ku pinta jadi begini :'(
Friday, June 1, 2012 • 11:40 PM • 2 comments بسم الله الرحمن الرحيم
Bukan ku pinta jadi begini,
Bila tiba waktu,
Aku jatuh tersungkur,
Aku lemah dan tidak berdaya,
Untuk bangkit semula,
Perlukan bantuan Rabbul Izzati,
Jua belas Ihsan insan lain..
Bukan ku pinta jadi begini,
menanggung derita sakit sementara,
Terkadang tidak terlarat olehku semua ini,
Ditarbiyyahkan dengan Ujian Yang Esa,
Kerana aku tahu,
Mulianya Allah kepadaku,
Syukur ku panjatkan di mahligai KasihNya,
Menghadiahkanku insan yang menyayangiku,
Yang mengambil berat tentangku..
Bukan ku pinta jadi begini,
Dari setiap kesakitan yang ku alami,
merupakan suatu Kifarah dosa dariNya,
Insan mulai resah melihatku,
Aku menjadi malu sendirian,
Tatkala bantuan mereka datang menerpa,
Bergetar hati tatkala titisan air mata berlinangan,
Terharu terasa,
Moga SETITIS kebaikan yang mereka lakukan untukku,
Akan mendapat SELAUTAN baingkisan dariNya..
Duhai SAHABATku yang ku Sayangi,
Duhai TEMAN yang ku cintai,
Duhai KAWAN yang ku hormati,
Doakan daku disini sihat untuk mengharap Redha Ilahi,
Doakan daku disini bisa berjihad mengejar Ilmu,
Doakan daku disini bisa mengerjakan ibadahNya & Sunnah RasulNya,
Doakan daku disini bisa menggapai CintaNya yang Satu,.
JANGAN LUPA,.duhai sahabatku,.
masih ada insan lain yang masih memerlukan doa' mu daripada ku,.
Lihatlah saudara kita yang berada di PALESTIN,SOMALIA,SYRIA,YALA,PATTANI,NARATHIWAT,MOGADISHU...
mereka memerlukan bantuan kita,
mereka telah hilang segalanya,
mereka KELAPARAN,
susahnya mereka,
demi mencari sesuap nasi,
mereka belajar beratapkan LANGIT,berlantaikan TANAH,
dan berbukukan KAYU,
Tapi,bagaimana dengan kita?
cuba bandingkan kehidupan KITA dengan KEHIDUPAN mereka..
mesti kita lebih baik,.
Alhamdulillah,..Oleh itu,
Bersyukurlah dengan apa yang ada
:'(
P/S : Duhai Sahabatku,
Aku percaya,.Bahwa setiap kalungan Doa'mu adalah Mahar ke Syurga..
“ Doa itu senjata orang mukmin”
![]() ![]()
|
![]() SAHABAT; AL-HUBB;
![]() Cinta Teragung
Bila kita titip tinta dari hati,
Bila kita doa' dari hati,
Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati.
InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati,
Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.HeePerjuangan
Suatu hari,
kita akan perlahan-lahan sedar,
yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')
Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam,
tidak menentukan kita sama di masa hadapan.
kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan.
yang hadapan patut diperjuangkan.
" Wardatul Jannah " ♥![]() TAUTAN UKHWAH;
![]() KENANGAN SEMALAM; Tanpa awan, langit kesepian.
sirna.
Menyemai Cinta.
Bintik
:')
Murabbi dan Inspirasi
:)
harapan yang takkan pernah pudar.
Permata Solehah buat ayahanda.
Hujan dalam hati.
BANNER; |
Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved