!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Suburkanlah berbaik sangka..
Wednesday, November 30, 2011 • 6:31 PM • 2 comments
                                          
                                                                    بسم الله الرحمن الرحيم  
                                                               (sekadar gambar hiasan)

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah dengan nikmat Iman dan Islam,.Selawat serta salam buat junjungan nabi Muhammmad SAW,.Moga-moga semangat perjuangan baginda terus bersemi di jiwa,.Kita bukanlah pemula, tetapi penyambung rantai-rantai perjuangan ini,.penyambung dari generasi ke generasi yang akan datang,.Semoga kita sama-sama dithabatkan hati di jalan yang berliku ini,.Dan RedhaNya jua kita pohonkan,.

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya,.Sudah 4 hari kita telah melangkah ke tahun baru hijrah,.Salam maal hijrah 1433H dgn penuh baraqah ,mawaddah, warrahmah diucapkan!..Diri ini berasa begitu terharu tatkala mengenangkan saat yang lalu berlalu pergi,. Sesuatu pengembaraan yang banyak menyedarkan kita dan memberi seribu kata makna yang mengajar erti Kesusahan,Kesenangan, dan berjuta kenangan yang pahit mahupun manis yang telah dilalui,.Dengan itu,ayuh kita gantungkan niat dan azam yang baru pada tahun ini,.Jadikan "Hari ini lebih baik dari semalam"..Teguhkan hati,.Kuatkan Iman,.Menyambut cabaran yang sering mendatang,.Usah kita ingati sejarah lama,.Buku lama ditutup manakala buku baru dibuka,.

Menyelak lembaran tahun baru hijrah ini,.fikiran saya melayang peristiwa yang dahulu,.masih bermain-main di ingatan,.Masih terbayang di mata..Teringat pula ketika bersama-sama sahabat di sekolah dahulu,.Saling setia menimba Ilmu,.Tanpa merasa erti penat jemu,demi menggapai kejayaan dan keberkatan-Nya,.Sentiasa berbincang dan membahas mengenai pelajaran yang kami belum mengerti dan ketahui,.Masing-masing mempunyai kelebihan ilmu agama yang tersendiri,.Alhamdulillah,semua itu anugerah dari-Nya,.Saya hanyalah insan biasa,. yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan,.semua itu milik hak mutlak Allah swt,.Semua itu merupakan kurniaan-Nya,.memang amat sukar saat bersahabat,.sudah banyak ujian yang kami tempuhi,.hampir sahaja persahabatan yang terjalin itu terlerai,.tetapi Alhamdulillah,.bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izin-Nya,.kami kembali bersatu hati..Dan saat itulah yang amat kurindui,.Betapa indahnya jika Ukhuwah itu bersemi hanya Kerana Allah..
                                                                   **********
Perbualan sahabat saya masih terngiang-ngiang di corong telinga..Sewaktu itu,semua pelajar bergegas ke Masjid untuk solat zuhur berjemaah,.Saya diamanahkan untuk mengawal dan meronda dari kelas ke kelas untuk menyeru sahabat-sahabat solat zuhur berjemaah,.Manakala,.bagi akhawat  yang keuzuran pula,digesa agar ke kelas "Tazkirah" yang kerap diadakan..Setelah tugas diselesaikan,.Saya mengajak seorang sahabat sekelas saya menuju ke majlis ilmu iaitu "Kelas tazkirah"..Disitulah juga,.kami dapat mencedok banyak Ilmu yang belum kami ketahui,.Mata saya melirik ke arah kelas bersebelahan dengan kelas tazkirah,.Kelihatan dua orang ahli badan dakwah yang masih belum selesai tugasnya,.Mereka seolah-olah sedang bercakap sambil ketawa kecil dengan para pelajar di dalam kelas tersebut.."Mungkin mereka mengguna taktik mereka yang tersendiri untuk mengajak pelajar yang amat susah benar untuk menghadiri solat berjemaah.. apatah lagi mahu menapak di kelas tazkirah,."getus hati saya..cuba berbaik sangka.
                    **********
Kerana,.saya sendiri juga pernah berkawan dengan insan yang mungkin dianggapi oleh orang ramai "bersosial".. Disebabkan meja saya bersebelahan dengannya,saya sentiasa bercakap  dan mula menjalinkan persahabatan dengannya,."Nisaa" (bukan nama sebenar)Sejak itulah,ramai sahabat yang marah kepada saya,.sehinggakan sampai ada sahabat yang bersangka buruk sehingga menyebabkan fitnah berlaku bahwa saya terpengaruh dengannya,."Astaghfirullahal adzim,.mengapa boleh terjadi begini?,.mengapa mereka tidak menyelidik dan menyusul periksa terlebih dahulu sebelum berkata demikian? " soalan demi soalan menerjah fikiran,,.Saya khuatir dan bimbang dek ramai sahabat yang mulai menjauhi daripada saya,..tetapi fitnah yang timbul itu tidak mematahkan semangat saya,."Ya Allah,kau ampunilah dosa2ku,.dan dosa2 sahabat-sahabatku,."Saya juga pernah bertanya padanya mengenai punca masalah yang berlaku,.Dia menceritakan permasalahan yang dihadapinya,.Semuanya berasal daripada konflik keluarganya,.Disebabkan stress,dia mula mencari kawan yang tidak sesuai untuk meluahkan perasaan,.sehinggakan terpengaruh dengan tingkah lakunya..Niat saya baik,.saya ingin memimpin sahabat saya ke jalan yang diredhai-Nya,.Saya tahu saya tidak sempurna,.hanyalah hamba yang dhaif,.tetapi,saya mahu bersama-sama saling berpesan-pesan ke arah kebaikan,.Salahkah saya? Saya tidak mahu dia tersasar dengan lebih jauh,."Tabahlah duhai hati,.Allah sentiasa bersamamu".hati berbisik..Hari demi hari pantasnya masa berlalu pergi,."Nisaa" kini, berubah jauh lebih baik berbanding dahulu,.Saya kagum dengan peribadinya yang mulia,.Sahabat-sahabat saya yang menjauhi saya dahulu,..kembali menjalinkan ikatan ukhuwah persahabatan yang semakin manis,.Pemilihan ketua kumpulan usrah sudah menjelang tiba,..senarai pemilihan pelajar sudah berada di tangan Senior,.Masing-masing tidak sabar menanti jawapan yang bakal tiba,.Semua nama yang  sudah diumumkan mengukir senyuman kegembiraan,.kecuali tinggal seorang sahaja lagi yang belum dipanggil kehadapan,.iaitu "Nisaa"..(bukan nama sebenar),.Bunyi beberapa tepukan gemuruh oleh sahabat,.Dari jauh,kelihatan sebilangan pelajar yang saling berpandangan dan ada yang ternganga,.seolah-olah tidak menyangka dan terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata mereka,.Nisaa terus melangkah mara kehadapan sebagai ketua usrah,.Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya,.Saya pula,tumpang  gembira dan bangga,.Bersyukur dengan limpahan rahmatNya,.kerana dengan izinNya,.sahabat saya sudah berubah dan kini menjadi pembimbing ummah,.Tiba-tiba saya merasakan ada seseorang menyiku di lengan,.Saya tersentak,sekaligus melenyapkan lamunan naik keawan-awanan,.Seorang sahabat yang berdiri di tepi saya,Ukhti (bukan nama sebanar)mengarahkan telunjuknya ke arah dua orang ahli badan dakwah tadi..

Ukhti : Wardah,cuba awak lihat tu,.2 org Ahli BADAR tu kan ,macam main-main je semasa bertugas,.
Wardah : Eh,x baik kita anggap orang macam tu,.Mungkin diorang sedang sedaya upaya ajak orang pergi kelas tazkirah,.ajak dengan cara baik,.^_^  mungkin..
Ukhti : betullah apa yg saya kata,.saya tengok kann...semua ahli BADAR bukan semuanya warak pun,.Ada jugak yang mengada-ngada,.
Wardah :Tidak semua ahli BADAR itu warak,. BADAR tu bukannya memandang dan menilai seseorang pada tahap kewarakan dan kealimannya yang tinggi,.tetapi kepada potensi dan kebolehan mereka untuk terus mengajak orang ke arah kebaikan,.Ingatlah,.pelantikan jawatan mereka tu bukan 100 % diorang yg pilih,.tetapi Allah swt,.Kita  mestilah sentiasa berbaik sangka kepada orang lain,.Janganlah terlalu cepat menghukum..

Perbualan kami terhenti seketika,.kerana fokus kepada "Tazkirah" yang baru sahaja bermula..Kemudian,selang beberapa minit,.Kelihatan beberapa pelajar bersebelahan kelas "Tazkirah"tadi,.menjejaki kaki ke majlis ilmu itu dengan muka yang ceria,.manakala 2 org ahli BADAR itu,. menyusuli langkah beberapa pelajar tadi dan tersenyum bahagia,.Alhamdulillah,.jangkaan saya benar,.

 Ruginya berburuk Sangka


Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah: 

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.
Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:


"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.
Larangan berburuk sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.


Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku,.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "
                                                                                                                      rujukan: (Iluvislam)


Reaksi: 

Warkah teristimewa buat adikku (ukhti soghir)
Saturday, November 26, 2011 • 12:48 AM • 2 comments
                                                       

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم

Salam manis buat adikku,

Duhai adikku,.mengapakah kau mengeluh kepenatan?mengapakah kau muram kekecewaan,?mengapakah kau murung kesedihan?.Allah menciptakan manusia sama,sebaik-baik kejadian,.cuma,amalan manusia itu berbeza-beza ,.Ada yang lalai dengan angan-angan,.dan ada yang tekun berusaha..Tentu saja nasib mereka berlainan,.Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,.kelalaian dibalas dengan kegagalan manakala kerajinan diabalas dengan kejayaan dan pahala,..Tugas kita ialah usaha dan terus berusaha bersama doa' dan tawakkal sepenuhnya,.Apa-apapun keputusan yang diterima,berterimala kasihlah kepada pemberian-Nya,.Kalau kita marahkan Allah dan pemberian-Nya,.samalah kita tidak yakin dengan qada' dan qadar Allah sedangkan itu salah satu rukun Iman,rosaklah semuanya..


"Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehinnga mengubah nasibnya sendiri.."(Ar-Ra'd:11)

"Jikalau mereka bersungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya,.kepada mereka dan berkata;Cukuplah Allah bagi kami,Allah akan memberikan kepada kamisebahagian dari kurnia-Nya, dan demikian pula rasul-Nya,sesungguhnya kami adlah orang yang berharap kepada Allah,.(tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka.)" .(surah At-taubah:59)

Duhai adikku,bangkiltah dari lenamu yang panjang,.yang tidak berkesudahan,sekali kau terjatuh,.usah biarkan dirimu jatuh selama-lamanya,.kau punya kekuatan dan mara berlari kencang ,.mencipta taufan,.BerJUANGlah adikku,KESEDIHAN tidak selamanya menutup sinar KECERIAAN di hati dan KEBAHAGIAAN juga tidak selamanya BERTAKHTA di sanubari..usirlah keresahan, kekecewaan dan kehampaan yang memilukan dari terus mencengkam dan membelenggu hati..hadirkanlah rasa KEHAMBAAN kepada Allah dengan KEIMANAN yang sebenar agar segala kekusutan yang menyedihkan itu tersirna dari hati insaniJangan bersedih duhai adikku sayang, hidup ini lebih BERMAKNA jika dirimu mampu berdepan dengan masalah dunia dengan sebaiknya..usirlah sedih, usirlah sepi..hadirkanlah sinar di hati, bangkitkanlah kembali semangat dalam diri..ya Allah di saat ini, aku terlalu memerlukanMu di sisi.

Tatkala kakimu melangkah ke alam remaja,.Peliharalah mahkotamu yang suci,.Dikau permata berharga Islam..Allah menyayangimu..


                                                                          
Adikku,.
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayanagi,bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjungi dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu,.Kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu,bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu,.Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri pelbagai bentengnya.Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian,.Kilauan warnanya memancar indah menjadi tarikan.Namun,lantaran pagaran beduri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekati-Nya,.

Adikku,.
Ketahuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah lelaki,..Seandainya pakaian malu kau tanggalkan daripada tubuhmu,dan perbatasan aurat kau pandang sembarangan.jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi,sayangnya,.tidak berduri,.Kau tidak lagi dimahkotakan sebagai Si mawar berduri.Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan bahaya dirimu.."Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita."..Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki di neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ,ialah dia tidak melihat lelaki dan lelalki tidak melihat kepadanya kecualai atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup lebih indah dan berharga jika dbandingkan dengan sesuatu yang terdedah,.yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga bagi kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu,.
Indahnya,hidup ini andai melayarinya bernaungkan keredhaan Allah,bertunjang ilmu, dan kebenaran ,bersulam akhlak penuh menawan..Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam,.
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"
                                                                                                 (Tautan hati=UstazahFatimahsyarha)

Duhai adikku,.
Cuba kau renungi pada pokok kelapa,.Buahnya bisa luruh tanpa mengira muda atau tua,.Hal ini,mengingatkan bahwa kematian terlau hampir dengan kita,.Bila-bila masa sahaja,di mana jua..Tua atau muda allah berhak menjemput kita..bukankah kita takut jika Allah memnaggil kita di dalam keadaan dosa menggunung? tatkala ketakutan itu datang,cuba kau hayati kembali pokok kelapa,.pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan..Buanglah faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati mati dalam dirimu,.
Disini,kakakmu menghadiahimu secebis bingkisan,."dari surat As-Syaheed Sayyid Al-Qutb kepada adiknya hamidah Qutb di luar penjara,.Renungilah coretannya dengan lebih mendalam,.Dengan itu,agar kau mengerti erti sebenar sebuah kehidupan..Moga-moga Allah mempermudahkan urusanmu,.

Adikku,
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri,
Terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek,
Dimulai oleh dengan kelahiran kita dan berakhir dengan kematian.
Berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku,
Jika kita hidup kita untuk aqidah dan untuk orang lain,
Maka terasalah hidup ini,cukup luas dan panjang,
Ia lahir bersama kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini,
Berpisah dengan bumi,
Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas,
Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya,
walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya,.

Itulah kebahagiaab hakiki,
Bukan kebahagiaan fantasi,
Dalam kehidupan yang seperti itu,
tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita,
Dari hari ke hari,.
Dari masa ke masa,
Dan seluruh umur kita,
Dalam perasaan kita,
Pada setiap langkah kita,.

Terasa betul bahwa hidup ini bukan sekadar berapa lama nafas keluar masuk dari tubuh kita,
Tetapi,hidup ini ,diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yang dapat kita rasakan,
Kenyataan seperti inilah yang disebut realiti dan hakikat,.
Bukan imaginasinya kaum materialistis itu,
Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan,
Bila kita hidup untuk manusia lain,
Maka,berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri,
Dan bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dengan melimpah-limpah,
Akhirnya,kita merasa di hidup di dalamnya..

Salam sayangkerana Allah..







Reaksi: 

Bersyukurlah selalu (❤◕‿◕❤)
Friday, November 18, 2011 • 11:24 PM • 0 comments


                   
                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,.
Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,.Dia beri aku kaktus yang berduri.
Aku minta kupu-kupu,..diberiNya ulat.
Aku kecewa dan sedih,.tetapi Aku tetap bersabar.
Namun,tidak lama kemudian,.
Kaktus itu berbunga indah sekali.
Dan ulat-ulat menjadi kupu-kupu yang cantik.
Begitulah Cara Allah mengasihi kita.
Selalu indah pada waktunya.
Sayangnya Allah setelah kita redha kesemua ujian itu,.

Fajar di ufuk timur mulai memancarkan sinarnya,bintang-bintang kejora nampak berkelip di balik awan.Desiran angin pagi mulai dihembuskan nafasnya,dan mulai membelai lembut dan menerpa daun-daun.Sesekali terdengar nyanyian burung-burung seolah-olah sedang melantunkan syair keceriaannya menjalani kehidupan..

Apa khabar duhai Iman?Adakah ia masih seperti sesinar cahaya yang menyinari alam indah nan permai ini? Marilah bersama-sama bermuhasabah diri,.teruskanlah berjalan tanpa henti menuju jalan-Nya yang dihiasi ketakwaan dan keimanan,.Segala pergerakan dalam kehidupan adalah berupa persembahan atas nama cinta dan kasih pada keagungan Yang Maha Suci..Pengabdian segalanya dilakukan untuk Yang Maha Kuasa,.Pergerakan pancaindera dan hembusan nafas dari rahim ibu sehingga ke liang lahad adalah dengan izin-Nya yang Maha Agung,.Dicipta oleh-Nya sekujur badan disertai dengan roh yang dilengkapi dengan pancaindera,.Dengan nikmat daripada Allah rezeki yang berlimpah ruah .Bukankah itu sempurna di mata kita?Bersyukurlah pada-Nya Yang Maha Sempurna,.Ayuh,sebarkan cinta pada-Nya..Hati orang yang selalu mencintai Allah swt selalu barada di langit.Kemudian,cinta itu berputar-putar terbawa oleh sayap kerinduan ke alam yang tinggi.Hati dan jiwa melayang dan meninggalkan alam dunia yang fana' ini,sekalipun jasadnya masih di bumi,jiwa dan perasaannya bergabung dengan para malaikat  yang berada di langit,dekat sekali dengan keredhaan Allah SWT..

Firman Allah SWT:"Dan orang-orang yang beriman,dia mempuyai cinta yang kuat terhadap Allah".(Surah Al-Baqarah:165)                                                                                       
Dunia ini hanyalah kesementeraan ,.Dan kita persis seorang pengembara yang sesekali singgah berteduh di bawah pohon untuk melepaskan dahaga ,daripada penat sebuah perjalanan jauh,.Di dunia ini,adalah sekadar pelepas dahaga,tetapi di akhirat kelak,kita berdepan dengan kedahagaan yang lebih hebat,.Dengan matahari sejengkal dari atas kepala,.mampukah kita menahan dahaga? Justeru itu,marilah kita persiapkan diri dengan amal dan memperbaharui Iman dari semasa ke semasa.Bukankah Iman itu sentiasa berubah?Ya,memang benar,.Kadangkala Iman ini ada naik dan turunnya,.jangan biarkan ia rapuh..tetapi marilah kit istiqamah Iman dan bermujahadah melawan nafsu walaupun berada di musim andalusia.Tidak terlambat bagi kita jika terus-terusan berusaha,..bukan? insyaallah wa biiznillah ,.teruskanlah meletakkan-Nya di lubuk hati yang dalam..Dialah segala-galanya..Dialah cinta pertama kita,.berkekalan abadi,.

Firman Allah swt.."Dan sesunguhnya sentiasa mengucap tasbih dan tiada sesuatupun melainkan tasbih.Dengan memuji-Nya,akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka,sesungguhnya ia adalah Maha Penyabar lagi maha Pengampun."(Surah al-Isra':44)

Desiran angin yang terus menerus menghembus ke seluruh penghuni alam maya ini merupakan wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt ,.Kilat saling mengejar itu pun sebagai ungkapan kerinduannya kepada sang Pencipta alam ini.Dan suara guruh juga termasuk suara tangisan kerana perasaan takutnya pada Allah swt,.Jadi semua yang ada di dunia ini berfungsi sebagai majlis zikir,yang memuji dan menganggungkan kebesaran nama-Nya dengan bahasa dan cara masing-masing..Mereka telah mengungkapkan keagungan Allah swt dengan penuh keindahan dan sangat menyentuh perasaan,.

Tuhan,semua yang aku dengarkan di dunia dan semua ciptaan-Mu

Kicauan burung,hembusan dedaunan ,gemerciknya air di pancuran

Dendang lagu tetukur

Desiran angin,gelegar bunyi guruh

Dan kilat yang berkejar-kejaran

Kini,aku telah memahaminya sebagai bukti keagungan-Mu,

Sebagai saksi yang abadi atas keesaan-Mu

Dan sebagai khabar berita bagi manusia

Bahawa tidak ada satu pun kekuatan

Yang dapat menendingi dan menyukutukan-Mu
                                                            (Rabiatul Adawiyyah)              






Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Tanpa awan, langit kesepian.
sirna.
Menyemai Cinta.
Bintik
:')
Murabbi dan Inspirasi
:)
harapan yang takkan pernah pudar.
Permata Solehah buat ayahanda.
Hujan dalam hati.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved