!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Ahlan Wasahlan ya Rejab..
Saturday, June 4, 2011 • 9:56 AM • 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah..''Pejam celik,pejam celik"..sudah tibanya bulan Rejab..Begitu cepat,pantas dan singkatnya masa yang berlau pergi  kan..?sedarkah kita sekarang berapa bulan lagi kita nak sampai ke bulan Ramadhan..?Cuma tinggal 2 bulan setengah lagi yang masih ada..Apakah persediaan kalian pada bulan Rejab ni?apa maksud Rejab sebenarnya?

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya:"Rejab adalah bulan Allah,Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Jadi,jelaslah bahwa bulan Rejab ini merupakan Bulan Allah..Pasti ramai di antara kita yang sedang berpuasa pada bulan Rejab penuh barakah ni kan?Perbanyakkanlah kita berpuasa dan melakukan amalan soleh pada bulan ini kerana barangsiapa yang berpuasa di bulan Rejab selama 15 hari..maka..kelak di Syurga,diberi minum air sungai yang bernama Rejab..Air tersebut lebih putih dari susu,lebih manis dari manisan dan lebih sejuk dari salji.Dalam bulan lain,digandakan oleh Allah dengan 10 kebajikan ke atas amalan-amalan yang dilakukan,tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan..Betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan pada orang-orang yang melakukan amal kebajikan kan =)
                                                
Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT,maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah SWT seperti yang telah disabdakn oleh Rasulullah SAW.maksudnya:-


--->"Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah."

--->"Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka Allah SWT akan menjauhkannya dari penyakit yang berbehaya dan diselamatkan dari diseksa di Akhirat serta difitnah Dajjal."

--->"Sesiapa yang berpuasa 7 hari,maka Alllah SWT akan menutup 7 pintu baginya neraka Jahannnam."

--->"Sesiapa yang berpuasa 8 hari,maka akan dibukakan baginya 8 pintu Syurga.Sesiapa yang berpuasa 10 hari,maka akan memperkenankan oleh Allah hajat dan permintaanyan..

Pada bulan Rejab ini juga,kita digalakkan untuk mendengar kisah dan peristiwa Sirah Rasulullah yang berlaku dalam bulan rejab..Misalnya,..ISRAK MIKRAJ...

Wassalam..

Labels:


Reaksi: 

Perjalanan menuju Allah
Thursday, June 2, 2011 • 12:53 PM • 3 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,,
Rasanya ,agak begitu lama jemari ini kaku membisu di langit Ilahi ini. Begitu terasa kecemburuan masa dan singkatnya kesempatan untuk bersama berkongsi cita dan harapan.Walaupun begitu banyak kerinduan yang terkumpul dan begitu banyak harapan yang ingin dikongsikan.Kesibukan adalah sebahagian dari kehidupan kita bahkan sebahagian dari diri kita.Jika kita tidak  terasa kesibukan itu berada di sisi kita,mungkin itulah tandanya jiwa kita telah mati atau telah melupakan kehidupan.

      Kesibukan adalah warna yang mengindahkan kehidupan dan setia menanti di setiap persimpangan jalan.Kita perlu buat pilihan apa yang ingin kita sibuk-sibukkan. jika kita tidak sibuk dalam amalan kebaikan,maka kita akan sibuk dalam dosa dan kemaksiatan.Kata Ulamak: Alangkah ruginya seseorang yang sibuk ,tetapi seluruh kesibukannya adalah untuk dunia yang sementara bukan Akhirat yang kekal abadi..

       Hidup ini adalah perjalanan pulang menuju Allah SWT.setiap detik waktu yang kita lalui, setiap hari baru yang kita temui dan setiap pertambahan umur kita mendekatkan dri kepada kematian.Setiap hari umur semakin bertambah bukan berkurangan. Bahkan kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita dan akan datang bila-bila masa sahaja tanpa izin dan kerelaan kita.Setiap hari begitu ramai manusia yang seumur kita dipanggil pulang menghadap Allah SWT,,bahkan ada yang jauh lebih muda daripada kita. Apa yang menjadikan kita begitu yakin akan bertemu fajar esok??

       Sahabat-sahabat Rasulullah RA tidak pernah yakin akan hidup sampai keesok hari. Kata saidina Ali RA,ia hanya pernah sekali merasa bagitu yakin akan hidup untuk hari yang esoknya..Ketika mana,Rasulullah SAW memintanya menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya. sebelum berhijrah meninggalkan Saidina Ali di posisi yang begitu bahaya,Baginda berpesan agar ia memulangkan semua harta yang disimpan oleh baginda kepada pemilik-pemiliknya..Pesanan baginda Rasulullah SAW, itulah yang menjadikan dirinya begitu yakin akan hidup sampai ke hari yang seterusnya..

       Mereka (para sahabat)benar-benar mencintai akhirat bahkan mereka adalah anak-anak akhirat yang melihat dunia dari jendela kematian.Dunia bagi mereka hanyalah begitu sementara, seketika, dan sekadar laluan sementara..Seluruh kesibukan mereka ditumpukan kepada persediaan untuk balik kepada Allah SWT. Sikap mereka terhadap dunia begitu dingin dan gersang.Mereka tidak mengeluh dengan kepayahan dan kesakita dunia kerana itu bukanlah musibah sebenar bagi mereka ,sebaliknya fenomena biasa bagi denai sebagai pentas ujian dan medan amal..Bagi mereka musibah yang sebenar ialah musibah yang menimpa hati mereka hingga kufur dan hidup bergelumang dosa atau sekurang-kurang ragu-ragu terhadap kesempurnaan ilmu, Keadilan dan Kasih-sayang Allah SWT..

 Aduhai jiwa yang bersalut dosa
betapa kesementaraan ini menggugah rasa
Betapa kekerdilan diri ini
Menumbuhkan harap
Untuk sekelumit rahmat dan pengampunan-Nya

Aduhai jiwa yang sering terleka
Betapa sering diri ini ketinggalan masa
Untuk belajar menghargai
atau bersedia menanti hari
agar terwarna makna hakik
Aduhai pemilik jiwa yang kerdil ini
betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayahmu
Betapa ingin kami menjadi hamba-Mu
Hidup dalam ketaatan
dan dijemput pulang kerahmatan

Aduhai pemilik jiwa yang alpa ini
terimalah keuzuran kami
agar redha-Mu sentiasa menyinari hati dan hidup kami...


Labels:


Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Tanpa awan, langit kesepian.
sirna.
Menyemai Cinta.
Bintik
:')
Murabbi dan Inspirasi
:)
harapan yang takkan pernah pudar.
Permata Solehah buat ayahanda.
Hujan dalam hati.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved