!! N A A I L A Q A I R E E N !! ;
Navi
Usrah Diriku Murabbi Memoir
ENTRY ABOUT PAGES TWITTER FACEBOOK
Adakah mengumpat termasuk dosa yang besar??
Friday, May 20, 2011 • 3:16 PM • 0 comments
Assalamualaikum w.b.t...buat semua sahabat-sahabat ana yang dimuliakan ...Alhamdulillah pada hari yang penuh barakah ini, Allah masih memberi peluang untuk ana meneruskan kehidupan di dunia bagi persiapan di akhirat kelak..Ada seorang sahabat ana bertanya..Soalannya berbunyi..:"Adakah mengumpat termasuk dosa besar ,kerana Allah menyatakannya sebagai sesuatu yang berat sedangkan tiada hukuman yang dikhususkan untuknya tidak sebagaimana dosa besar yang lain" ?

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ……….Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya………
Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati. Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu ,..bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar. Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan..Wassalam..

Rujukan :http://darululumonline.wordpress.com/2009/03/15/hukum-mengumpat/

Labels:


Reaksi: 

Siang dan malam ciptaanﷲ ¸
Tuesday, May 17, 2011 • 4:47 AM • 0 comments
Suasana menjelang Maghrib,apabila matahari terbenam di ufuk barat.

Kejadian siang dan malam ialah suatu bukti jelas terhadap kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.Jika dilihat daripada sudut sains,disebabkan bumi ini berbentuk sfera apabila siang di sebahagian kawasan bumi yang menghadap ke arah matahari,bahagian yang menghadap berlawanan dari arah matahari akan mengalami waktu malam.
Permukaan bumi yang dapat dilihat dari angkasa

Bumi berputar dari barat ke timur.Ini sekaligus menjadikan seolah-olah matahari kita bergerak terbit dari timur ke barat.Apabila bumi berputar ,bintang-bintang di langit akan kembali ke kedudukan yang sama setiap 23 jam 56 minit 4 saat.Pusingan ini dipanggil sebagai satu hari Sidereal.Namun,bumi juga berputar mengelilingi matahari setiap hari.Anjakan bumi di dalam orbitnya ini memaksa matahari mengambil masa 24 jam untuk kembali ke kedudukan yang sama setiap hari.Di planet-planet lain panjang siang dan malam berbeza-beza berdasarkan kelajuan putaran paksi masing-masing.Sebagai contoh,satu hari di planet Utarid bersamaan 59 hari di bumi.di planet Musytarid pula,satu harinya menyamai sembilan jam sahaja di bumi,kerana ia berputar amat pantas di atas paksinya!Di bulan satu hari di sana bersamaan lebih kurang satu bulan di bumi.

Labels:


Reaksi: 

✿Khas buatmu UMI..✿
Sunday, May 8, 2011 • 2:52 AM • 0 comments
                                             Engkau bagaikan permata yang bernilai di hatiku,
                                               Umpama lestari cahaya yang menyinari hidupku,
                                                          Leluhur kasih dihulur olehmu,
                                                 Sebagai tanda besarnya pengorbananmu..

                                           Cintamu sentiasa bersemi kepada anak-anakmu,
                                                    Membelai,Menyayangi,Mendidikku
                                                                 tak pernah jemu,
                                             tanpa mempeduli apa itu penat lelah,
                                                       Agar anakmu menjadi orang yang bertaqwa.


                                                        Mahar jasamu bernilai tinggi,
                                                     Bingkisan agama dihadiahi olehmu,
                                           Sebagai perisai untuk mempertahankan Ad-Din,
                                              Untuk menepis pelbagai onak duri kehidupan,
                                                     Mencari cinta-Nya yang ABADI,
                                          Dalam melonjak seteguh IMAN di persada dunia.


                                                             Siang menanti malam,
                                                             Malam memuja siang,
                                            Pelita nasihatmu kan ku jadikan ingatan bersama,
                                                       Jauh daripada ranjau maksiat,
                                                   Lari daripada segala sifat-sifat keji,
                                                    Dalam menggapai rahmat ILAHI,
                                                      Sebagai bekalan di akhirat nanti...


                                                  Engkau adalah kaunseling buatku,
                                        Prinsip "La Tahzan" sebagai peringatan hidupmu,
                                               Berjiwa kental untuk merentasi derita,
                              Katamu:,"Hanyalah senyuman mampu menawarkan kesedihan",
                                                  Dalam meniti kebahagiaan yang hakiki..

                                                        TERIMA KASIH ✿ Umi.
                                                
                                                        Engkaulah syifaul Qalbi,
                                                          Tanpamu siapalah aku,
                                Mengajarku erti sebenar dalam memijak kaca-kaca kehidupan,
                                                 Kasih-Sayang,Amal-amal soleh,Didikan,
                                               Tidak pernah luntur dan berbelah bahagi,
                                          Adakah ribuan wang ringgit dapat menyayingi 
                                                                 segala jasamu,
                                       segala pengorbanan yang kau curahkan selama ini??
                                                  Tidak mungkin..tidak semudah itu..
                              Hanya kejayaan dan kasih-sayang akan ku kongsikan kepadamu,
                                                       Agar hatimu berbunga keriangan,
                                                         Menerima BAHTERA suci,
                                              Dalam meraih IMPIAN sakinahmu,iaitu..
                                            Anak-anak soleh dan solehah HARAPANmu,
                                                        untuk menuju jalan yang satu,
                                                        iaitu..Jalan yang diredhai-Nya..

Labels:


Reaksi: 

Doa Rabitah Hati
Wednesday, May 4, 2011 • 3:46 AM • 0 comments
Ya Allah,menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu,beredarlah sudah
siang-Mu,inilah keluhan suara dan permintaan dari hamba-Mu
Maka Oleh Itu ampunkanlah daku.

 Ya Allah,Engkau Mengetahui bahwa hati ini (iaitu orang yang
 telah diniatkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk
mematuhi(perintah-Mu),bersatu memikul beban dakwah-Mu.Hati ini
telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendokong syariat-Mu,maka
eratkanlah Ya Allahakan ikatannya.Kekalkanlah kemesraan antara hati ini.Tunjukkanlah
kepada hati ini akan jalan-Mu (yang benar).Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap.

Lapangkanlah hati ini dengan limpahan iman /keyakinan dan keindahan 
tawakkal kepada-Mu.Hidup suburkan hati ini dengan makrifat
(pengetahuan sebenar)tentang-Mu.(Jika Engkau mentakdirkan mati)maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan 
agama-Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah,restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad,
keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Labels:


Reaksi: 

Wardatul Jannah
✿ ~Naaila Qaireen(kebaikan Teristimewa)*
✿ ~Lestari Salju kedamaian..Jika musim dingin menyeluruh,.Sang sakura tetap teguh akan pendiriannya..dia tetap di situ,dihiasi kelopak yang indah dan haruman mewangi..Apabila hembusan angin gemalai meniup,gugurnya ia berharap tinta yang diukir membuah Saham kelak..RedhaNya dicari :)


SAHABAT;

AL-HUBB;



Cinta Teragung

Bila kita titip tinta dari hati, Bila kita doa' dari hati, Bila semuanya ikhlas terpahat dari hati. InsyaAllah, akan tiba juga kepada yang memiliki hati, Yakinlah dengan Tuhan pemilik hati.Hee

Perjuangan
Suatu hari, kita akan perlahan-lahan sedar, yang kita cuma punya Tuhan. Rindu waktu berseorangan. Itulah masa yang terbaik berdua-duaan dengan Tuhan :')

Seindah Mawar Berduri
siapa kita di masa silam, tidak menentukan kita sama di masa hadapan. kerana yang silam sepatutnya ditinggalkan. yang hadapan patut diperjuangkan.

" Wardatul Jannah "




TAUTAN UKHWAH;


Pencinta Allah dan Rasul-Nya

KENANGAN SEMALAM;

Tanpa awan, langit kesepian.
sirna.
Menyemai Cinta.
Bintik
:')
Murabbi dan Inspirasi
:)
harapan yang takkan pernah pudar.
Permata Solehah buat ayahanda.
Hujan dalam hati.




BANNER;























Copyrigt; N A A I L A Q A I R E E N.all rigt reserved