Afdhalul Kalam

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*☀”*°•✫❤•”☀”*°
Basahilah lidahmu dengan Zikrullah

( سبحان الله---الحمد لله---الله أكبر)

*¨*•.¸¸❤ Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu
dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"*¨*•.¸¸

Ukhwah Fillah

Friday, June 1, 2012

Bukan ku pinta jadi begini :'(



                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم              

 (Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia itu bersifat lemah.) - anNisa', ayat 28. Sungguh setiap ujian sesuai dengan kemampuan manusia itu..
Bukan ku pinta jadi begini,
Bila tiba waktu,
Aku jatuh tersungkur,
Aku lemah dan tidak berdaya,
Untuk bangkit semula,
Perlukan bantuan Rabbul Izzati,
Jua belas Ihsan insan lain..

Bukan ku pinta jadi begini,
menanggung derita sakit sementara,
Terkadang tidak terlarat olehku semua ini,
Ditarbiyyahkan dengan Ujian Yang Esa,
Kerana aku tahu,
Mulianya Allah kepadaku,
Syukur ku panjatkan di mahligai KasihNya,
Menghadiahkanku insan yang menyayangiku,
Yang mengambil berat tentangku..

Bukan ku pinta jadi begini,
Dari setiap kesakitan yang ku alami,
merupakan suatu Kifarah dosa dariNya,
Insan mulai resah melihatku,
Aku menjadi malu sendirian,
Tatkala bantuan mereka datang menerpa,
Bergetar hati tatkala titisan air mata berlinangan,
Terharu terasa,
Moga SETITIS kebaikan yang mereka lakukan untukku,
Akan mendapat SELAUTAN baingkisan dariNya..



Duhai SAHABATku yang ku Sayangi,
Duhai TEMAN yang ku cintai,
Duhai KAWAN yang ku hormati,

Doakan daku disini sihat untuk mengharap Redha Ilahi,
Doakan daku disini bisa berjihad mengejar Ilmu,
Doakan daku disini bisa mengerjakan ibadahNya & Sunnah RasulNya,
Doakan daku disini bisa menggapai CintaNya yang Satu,.

JANGAN LUPA,.duhai sahabatku,.

masih ada insan lain yang masih memerlukan doa' mu daripada ku,.

Lihatlah saudara kita yang berada di PALESTIN,SOMALIA,SYRIA,YALA,PATTANI,NARATHIWAT,MOGADISHU...
mereka memerlukan bantuan kita,
mereka telah hilang segalanya,
mereka KELAPARAN,
susahnya mereka,
demi mencari sesuap nasi,
mereka belajar beratapkan LANGIT,berlantaikan TANAH,
                                                                 dan berbukukan KAYU,
Tapi,bagaimana dengan kita?
cuba bandingkan  kehidupan KITA dengan KEHIDUPAN mereka..
mesti kita lebih baik,.

  

Alhamdulillah,..Oleh itu,
Bersyukurlah dengan apa yang ada 
:'(


P/S : Duhai Sahabatku,
        Aku percaya,.Bahwa setiap kalungan Doa'mu adalah Mahar ke Syurga..
        “ Doa itu senjata orang mukmin”






✿~Moga Allah redha dengan perkongsian ini..Wassalam~✿

Wednesday, May 30, 2012

Cinta Hamba Dhaif



                                                                      بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Salam sedamai aliran sungai nil buatmu,.Salam selunak nyanyian Huurun Ain buatmu,.Salam rindu diutuskan istimewa buatmu,.

Duhai diriku yang alpa,
bagaimanakah soalmu tentang CINTA? adakah masih ada cinta pada Imanmu?,jihad ilmu?,ibadah harianmu? ataupun segala-galanya,.

                                                  

                                                                                                             
                                                                           :)
                                                  tersenyum meneruskan monolog,.



Bila diri berbicara soal cinta,.

Bibir mengukir senyuman,.Akal dan fikiranku diracuni,.Seolah-olah ada manik-manik rindu yang tersirap,.Mencuri ruang istimewa di hati,.Terhempasnya ombak pantai tak terasa pun,.Dibuai-buai melodi hembusan bayu lembut gemalai,.Memori yang mengulit indah,.KENANGAN.....



Adakah aku dilamun cinta?

 
Cinta..
Buat masa ini,Aku ingin sekali kau dikunci rapi, Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini, Tatkala sudah tiba masanya nanti, Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...

Bila hadirnya Cinta menyapa suatu hari nanti,
Biarlah ia diredhai Ilahi,
Mekar tulus menghiasi Nur Firdausi,
Takkan ku kongsikan selain insan bernama suami,
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul,
Ku genggam satu kalimah,
Tiada Perkara yang lebih Indah melainkan jatuh cinta pada Allah




Teringat olehku kata-kata oleh srikandi yang teristimewa buatku,.Menggagahkan aku untuk terus berlari mengejar cinta Ilahi yang suci,.Tidak terukur nilai CintaNya yang tinggi,.Tidak terhitung nilai kasihNya yang bertambah setiap hari,.

Ya Rabbul Izzati,.
Sudikah Kau menerima Cinta hamba Yang hina dengan longgokan dosa ini?


"Waha Kekasih,jika Engkau seorang pencinta,.Jadilah seperti lilin di malam,.Membara dalam ketenangan malam hingga menjelang pagi " (Rabiatul Adawiyyah)


Aku ingin sekali seperti Rabiatul Adawiyyah,
Di mataku,
dialah srikandi mencipta sejarah,
Terungkap namanya dalam tinta emas,
Pencinta Agung mencari Cinta Ilahi,
Keikhlasan pengabdian yang terpahat,
dan Cintanya terhadap Yang Maha Pengasih mengatasi segalanya,
Segala pergerakan kehidupannya di atas nama cinta,
Bukan Syurga yang didamba,
Tapi,cukuplah CintaNya yang Abadi berputik,.




Mahalnya cinta seorang hamba itu,.
mendambakan cinta dariNya
mengharapkan pertemuan denganNya
dahaga akan belaian kasihNya
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…


p/s:‎"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati..."



✿~Moga Allah redha dengan perkongsian ini..Wassalam~✿

Friday, April 27, 2012

Sang Bintang dan Mentari


                                                       
                                                                    بسم الله الرحمن الرحيم
 Indahnya Sang Bintang itu,.Terukir Megah di langit,.Kemilaunya mengindahkan suasana malam yang sepi,.Di saat ini,Ketenangan mula perlahan-lahan meresapi di jiwa,.Bibir melafazkan bait-bait cinta pada-Nya,.Subhanallah,Sungguh indahnya ciptaan Ilahi,.tiada tandingannya,.Bila fikiran bercelaru,.hati tidak tenteram,.Al-Quran itulah penawarnya,.dan ciptaan Ilahi inilah yang mendamaikan Qalbu,.Cuba hayati akan panaroma yang indah ini,.Indah bukan?

apa bezanya Sang Bintang dan mentari?mana lagi cantik?

Cantiknya kerdipan bintang yang bertaburan di langit itu tidak bisa menandingi Sang mentari yang tegap mewarnai Sang Bintang dan isi alam Ilahi,.
Sang Bintang itu,
Cerah dan bercahaya disuluh Sang mentari pagi,
tanpa Sang mentari yang menyinari Cahaya,
Sang Bintang redup dan malap,
tiada lagi keserian di kala malam...

pada pendapatku,
Sang mentari lagi indah ;)
 

Begitulah pada seorang anak,.hadirnya insan yang istimewa bernama Ibu lah yang memberikan segala-galanya,.Pengorbanan yang melelahkan tapi tidak pernah sekalipun ia menyatakan penderitaan demi membesarkan anak-anaknya,.tanpa Ibu yang mencorakkan anaknya ini,.sudah pasti anaknya ini masih meraba-raba dalam kegelapan,.jahil untuk menggapai redha-Nya, Tapi,bila jiwa mulai ditarbiyyah dari kecil,.si ibu lah yang memberi harapan yang Cerah untuk terus bertatih menuju cinta ilahi yang pasti sehinggalah ajal menemui diri ini,.

Di mana kan kucari insan sepertinya,
Kasih Sayangnya bak selembut sutera,
Belaian cintanya mengusap lembut di jiwa,
Hatinya yang tulus mengulit mimpi nan indah,
Membuai rindu mengganti qalbu yang parah,
syahdu terasa bila melihat keprihatinnya,
jerit perih memeras keringat,
dan membanting tulang,
hanyalah buat anaknya ini,
demi mencari secicip rezeki,
Bingkisan agama dihadiahi olehnya,
sehingga tegap merimbun berbekal haruman keredhaan,
melalui cahaya cinta ilahi,
dan rahmat kasih sayang Ar-rahman,
agar ia terus hidup,
tidak tandus sepanjang kehidupan...

*******************************************
Cuaca di luar rumah agak mendung ,.mungkin juga hujan akan membasahi bumi sebentar lagi,.hatiku cuba meneka,.Begitu juga yang terjadi pada diriku,.jiwaku sesuram awan yang mendung,.serabut dan tidak tenteram,.masih adakah pelangi yang muncul menyenari alam ini?hatiku bertanya,.kerana aku juga perlukan insan yang menemani hari ini,.mendengarkan segala isi hatiku yang sudah lama tersimpan,.sudah tidak bisa menahan,.Aku cuba mengambil Al-quran kesayangangku yang berwarna merah jambu di rak buku yang tidak beberapa jauh dari katil,.Aku memeluknya dengan erat dan membaca beberapa helaian dan tafsirnya,,.Bibirku berhenti seketika,.mataku asyik memerhati tafsir ini,.Sebak mulai hadir,.air mata berlinangan,.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba,.Allah amat mengasihi akan hambanya,.

Allahurabbi,.Adakah aku kurang bersyukur ke atas ujian yang kau berikan ini?,.Sungguh,akulah hambamu yang berdosa,.Ampunkan segala dosaku ya Allah,.jadilah aku hambamu yang sentiasa tabah dalam mengharungi ujian yang kau berikan,.Air mata keinsafan mulai membasahi pipi,.Biarlah air mata ini jatuh berderaian kerana takut pada-Nya,.Biarlah titisan air mata ini hanyalah keranaNya,.Segala-galanya kerana Allah,,

Sebentar kemudian,kedengaran olehku pintu bilikku diketuk oleh sesorang,.aku mengesat air mata di pipi dan berusaha tidak menangis lagi,.Aku bangun dari katilku dan menuju ke arah pintu,.

"tunggu kejap,.nanti kakak buka pintu"

Seusai itu,muncul wajah yang amatku sayang berdiri di hadapan pintu,.dia tersenyum memandang ke arahku,.aku juga membalas senyumannya yang indah itu,.

"owh,ummi,.kakak ingatkan siapa tadi,.kakak minta maaf ya ummi sebab lambat buka pintu tadi"

"eh,tidak mengapa..kakak buat apa tadi?kakak sibuk ke?kakak tengah study yer?maafkan ummi yer nak kalau ummi mengganggu,.Ini,sebenarnya ummi ada beli sesuatu untuk anak ummi ni,."

"hah ! ummi beli apa untuk kakak,.hari ni bukan hari jadi kakak,.susah-susahkan ummi pulak,."

"takdelah,.Tadi,ummi pergi ke kedai buku,.Lepas tu,ummi terlihat buku ni,.ummi tengok buku  ni bagus jugak,.Jadi,ummi teruskan beli untuk kakak,.bacalah nanti ada keluangan"



"Ya Allah,cantiknya buku ni,.mungkin isinya jauh lagi cantik kan ummi?,.hehehe,.terima kasih ummi,.kakak saaaaaayang ummi."aku memeluk ummi dengan tidak terkata,.mungkin dia mengerti perasaan hiba yang terbit saat ini,.

"sama-sama,.bacalah dulu,.barulah boleh tau cantik ke tidak di dalamnya,.kalau begitu,.umi keluar dulu ya,.masih banyak kerja yang ummi kena buat,."

"baik ummi"


P/s: terima kasih ummi di atas segala-galanya,.Hari yang mendung kembali cerah dan indah dihiasi Pelangi,. :')





✿~Moga Allah redha dengan perkongsian ini..Wassalam~✿

Copyright 2011.Oleh,-Naaila Qaireen